Johan Setia di Selangor ialah satu-satunya kawasan di Semenanjung yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat, dengan bacaan IPU 154.

Menurut laman web Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, sembilan kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU tidak sihat, dengan Serian tertinggi (178), Kuching (161), Samarahan (160), Sibu (157), Sri Aman (156), Mukah dan Sarikei (155), Bintulu (143) dan Samalaju (128).
Johan Setia di Selangor ialah satu-satunya kawasan di Semenanjung yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat, dengan bacaan IPU 154.
Sebanyak 55 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada pada tahap sederhana, manakala Kangar, Langkawi dan Jerantut merekodkan bacaan IPU baik.
Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, 301-400 berbahaya, 401-500 sangat bahaya dan lebih 501 kecemasan.
Semalam, Jabatan Meteorologi dalam notis ramalan cuaca signifikan memaklumkan cuaca panas dan kurang hujan dijangka di kebanyakan kawasan di Borneo, termasuk Sarawak sehingga 14 Ogos ini.
Menurutnya, pengaruh angin dari arah selatan serta jumlah titik panas yang dijangka kekal tinggi di negara jiran berpotensi menyebabkan jerebu rentas sempadan dan mengurangkan jarak ketampakan, terutamanya di selatan Sarawak. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.