`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Saturday, August 1, 2026

BN-PN ke perbincangan muktamad hal bentuk kerajaan NS

 Pengerusi BN Zahid Hamidi kata tugas BN-PN 'bermula malam ini', selepas mengumumkan kemenangan pada PRN Negeri Sembilan.

ahmad zahid hamidi
Pengerusi BN Zahid Hamidi mengumumkan kemenangan pada PRN Negeri Sembilan.
SEREMBAN:
Barisan Nasional dan Perikatan Nasional akan mengadakan perbincangan bagi memuktamadkan hal pembentukan kerajaan Negeri Sembilan.

Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata demikian selepas mengumumkan kerjasama BN-PN memenangi PRN dengan menawan 2/3 kerusi DUN.

“Tugas kami bermula malam ini. Setiap akur janji dalam manifesto mesti dilunaskan,” katanya pada sidang media bersama pemimpin BN-PN.

Zahid mengucapkan penghargaan kepada jentera BN-PN, yang berganding pada PRN kali ini untuk berdepan Pakatan Harapan, yang mentadbir Negeri Sembilan sejak 2018.

Katanya, berdasarkan kiraan tidak rasmi, BN menang di 18 kerusi manakala PN menang tujuh kerusi.

Parti politik memerlukan 19 kerusi untuk membentuk majoriti mudah di DUN, dan 24 untuk meraih majoriti 2/3.

Sementara itu, menjawab pertanyaan mengenai calon menteri besar, Zahid menjawab meminta pemberita tunggu sehingga pemimpin BN-PN menghadapi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.