`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Saturday, August 1, 2026

Kekalahan mengejut Loke di Chennah tamparan buat DAP

 Setiausaha agung DAP itu tewas kepada calon BN Siow Kong Choon.

LOKE SIEW FOOK
Loke Siew Fook mula mewakili DUN Chennah sejak 2013.
SEREMBAN:
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mengalami kekalahan mengejut di DUN Chennah, keputusan yang dilihat memberi tamparan besar kepada pengaruh parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Loke gagal mempertahankan kerusi berkenaan selepas tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon, pada PRN Negeri Sembilan.

Menteri pengangkutan itu yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) mewakili Chennah sejak 2013.

Kekalahan pemimpin tertinggi DAP itu bukan sahaja menamatkan penguasaannya selama lebih sedekad di Chennah, malah berpotensi menjejaskan kedudukan parti itu dalam landskap politik negeri.

Sebagai setiausaha agung DAP, Loke dianggap antara tokoh utama PH dan kekalahannya dijangka mencetuskan persoalan mengenai penerimaan pengundi terhadap parti itu.

Kemenangan Siow pula menyaksikan BN berjaya merampas kerusi yang sebelum ini menjadi antara kubu penting DAP di Negeri Sembilan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.