`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 13, 2017

Azan Subuh dua kali seluruh masjid dan surau di Pulau Pinang

JABATAN Mufti Negeri Pulau Pinang, mengesyorkan agar seluruh masjid dan surau di negeri itu melaungkan azan sebanyak dua kali bagi waktu subuh setiap hari.


Syor itu telah dimaklumkan melalui sepucuk surat oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang kepada Imam Besar masjid negeri Pulau Pinang, semua Imam utama masjid daerah negeri Pulau Pinang, dan semua pengerusi kariah, masjid negeri Pulau Pinang.

Menurut surat tersebut, syor itu diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, bertarikh 18 dan 19 April 2017 yang telah bersetuju dan mengesyorkan agar seluruh masjid dan surau di negeri Pulau Pinang melaungkan azan sebanyak dua kali bagi waktu Subuh.

"Sebagai panduan, azan pertama dilaungkan sekitar 30 minit sebelum masuk waktu subuh (fajar) dan azan yang kedua dilaungkan apabila telah masuk waktu Subuh (fajar) dengan kedua-dua azan tersebut sunat disebut kalimah al-Tashwib," tulis surat tersebut.


Surat itu turut meminta jawatankuasa kariah, agar memaklumkan terlebih dahulu kepada ahli-ahli kariah berkaitan pelaksanaan azan dua kali itu, sama ada melalui pengumuman ataupun diiklankan di papan iklan masjid atau lain-lain kaedah hebahan yang sesuai agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada mereka kelak.


-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.