PAKATAN Harapan Melaka, telah merancang dan menempah awal lokasi untuk penganjuran Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Dataran Bukit Baru, berhadapan dengan Flat Sri Siantan, Bukit Baru, Melaka.
Tarikh program adalah seperti berikut
Hari: Sabtu
Tarikh: 15 Julai 2017
Masa: 8:00 malam hingga 12:00 malam
Tempat: Dataran Bukit Baru, Depan Flat Sri Siantan.
Pelbagai persiapan untuk program hari raya tersebut sudah dibuat, antaranya termasuk hebahan kain rentang (banner) di banyak lokasi, serta hebahan risalah (handbill) kepada orang ramai di sekitar Negeri Melaka.
Bagaimanapun, beberapa hari sebelum program yang bertarikh 15 Julai 2017 (Sabtu) itu dianjurkan, Umno Melaka tiba-tiba mahu menganjurkan program Hari Raya di tempat dan tarikh yang sama.
Tiba-tiba tersebar banner hebahan program Jamuan Hari Raya dan Majlis Silaturrahim yang dianjurkan oleh Japerun Bukit Baru serta Umno Cawangan Bukit Baru dalam facebook dan whatsapp.
Apalah punya jahat Umno ni, di bulan mulia Aidilfitri yang lazimnya umat Islam saling bermaafan, Umno Melaka tergamak buat perangai samseng cuba 'hijack' dan 'rampas' tapak untuk program orang lain.
Kita ada bukti bahawa Pakatan Harapan sudah terlebih dahulu menempah tapak di Dataran Bukit Baru untuk menganjurkan program Hari Raya.
Di bawah ini resit bayaran sewa tapak yang bertarikh 4 Julai 2017.
Kita sudah semak sejak awal bulan, bahawa tiada orang lain mahu mengadakan program di tempat tersebut pada tarikh dan waktu yang dirancang.
Sebab itu jugalah bayaran sewa tapak Pakatan Harapan diterima oleh pihak pengurusan Salam Niaga Sdn Bhd yang menguruskan sewaan bagi Dataran Bukit Baru.
Namun Umno tanpa segan silu sengaja buat perangai samseng cuba rampas tapak program yang sudah dirancang lebih awal oleh Pakatan Harapan di Melaka.
-milosuam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.