`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 6, 2017

Shell dan Shafila pun salah, kata Isma

Isma menyifatkan kesalahan bukan hanya terletak pada lelaki yang membuat aksi tidak senonoh, sebaliknya ia kerana iklan memperagakan wanita walaupun bertudung.
Abdullah-Zaik-gadis-shellPETALING JAYA: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menganggap apa yang terjadi ke atas Nor Shafila Khairussalleh, yang gambarnya di atas papan poster Shell menjadi sasaran pelakuan tidak senonoh, adalah kerana Shell menggunakan wanita dalam iklannya.
“Menggunakan wanita untuk melariskan jualan tetap merupakan perbuatan mengeskploitasi yang menyimpang daripada nilai kesucian wanita dalam Islam,” kata Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman kepada FMT.
“Ia sewajarnya menjadi pengajaran.”
Pelbagai pihak baru-baru ini meluahkan kemarahan selepas gambar beberapa individu melakukan aksi lucah terhadap papan poster yang memaparkan Nor Shafila, 25, seorang pengurus di salah sebuah stesen Shell.
Susulan itu, iklan itu diturunkan Shell, sementara Nor Shafila kesal dengan perbuatan segelintir lelaki yang menurutnya melampaui batas.
“Kelakuan seperti menutup mata, mencubit hidung dan walau peluk sekalipun saya masih boleh terima kerana ia hanyalah sekeping poster. Tetapi jika apa yang dilakukan berbentuk gangguan seksual, saya rasa ia melampaui batas,” kata Shafila.
Tetapi Abdullah berkata wanita itu turut bersalah.
“Wanita yang bermaruah tidak patut terima untuk menjadi model mempromosikan jualan, walaupun dia menutup aurat dan memakai tudung,” katanya.
Bagi Abdullah, adalah fitrah untuk lelaki terangsang apabila melihat perempuan, walaupun mengakui mereka sepatutnya menjaga pandangan dan mengawal tingkah laku.
“Ini membayangkan tahap keruntuhan moral paling rendah. Iman, takwa dan hati budi tidak lagi dapat mengawal tingkah laku mereka,” katanya.
Namun, beliau tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada lelaki yang mengambil gambar itu dan menegaskan puncanya adalah syarikat yang tidak bertanggungjawab “mempergunakan wanita”.
Poster kad bod itu menunjukkan seolah-olah gadis sebenar berdiri menunjukkan tanda bagus atas pilihan petrol Shell. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.