Dilaporkan, hari ini 22 September 2017, selepas solat Jumaat tadi, Pas Selangor bersama 30 NGO telah mengadakan demonstrasi aman membantah penganjuran pesta arak dan gay di luar Masjid Shah Alam, Selangor.
Dianggarkan 1000 orang terlibat dalam demonstrasi itu.
Secara umumnya, memang baguslah Pas Selangor dan 30 NGO tersebut buat demo sebagai tanda bantahan dan meluahkan perasaan atas sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh kerajaan.
Tetapi, bukankah pada 19 September lalu, DBKL sudah pun menolak permohonan penganjur untuk mengadakan pesta arak tersebut?
Kalau sudah permohonan penganjur ditolak oleh DBKL, untuk apa lagi diadakan demonstrasi untuk membantah?
Lebih dari itu, pada 21 September iaitu semalam, penganjurnya juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akur dengan penolakan permit oleh DBKL itu.
Di waktu yang sama, atas faktor keselamatan, mereka juga mengumumkan tidak akan menganjurkan lagi pesta arak di masa-akan akan datang.
Maknanya, bermula tahun ini dan tahun-tahun akan datang tidak ada lagi pesta arak akan diadakan.
Jadi, yang nak bersusah-payah berdemo dan membantah buat apa?
Selain itu, pesta itu juga sebenarnya dijadual akan diadakan di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan dan bukannya di Selangor.
Maka, agak pelik dan ajaib dari segi kewajaran Pas Selangor dan 30 NGO tersebut memilih Masjid Shah Alam sebagai tempat berdemo dan meluahkan perasaan.
Mengapa mereka tidak berdemo di Masjid Wilayah Persekutuan, Majid Kampuny Baru atau di depan Bangunan DBKL?
Apa logik dan kaitannya untuk berdemo di Selangor, sedangkan pesta arak dijadual diadakan di Kuala Lumpur?
Berhubung pesta gay pula, bukankah Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi telah menegaskan penganjuran pesta tersebut tidak akan sama-sekali dibenarkan oleh kerajaan.
Kalau kerajaan pusat sendiri sudah memberi jaminan sedemikian, bukankah lebih baik sujud syukur di atas sejadah daripada berdemo di bawah panas matahari?
Apa?
Ohh…demo sebab politik?
Ya Sheikh ya hanana…kalau ia pun nak main politik dan mempolitikkan pesta arak dan gay itu serta ingin memperlihatkan keburukan kerajaan Pakatan Harapan, biorlah cerdik sikit.
Benda yang dah batal, tak usahlah susah payah buat demo bantahan. Demo bantahan adalah untuk perkara yang belum jadi atau mungkin jadi, bukan untuk yang sudah sah tak jadi.
Memilih tempat demo juga mesti betul. Perkara yang jadi isu berlaku di tempat A, kenapa buat demo di tempat B?
Buang masa dan tak cerdik sesangat tu beb!!
Bukankah di zaman Najib ini banyak lagi isu-isu lebih besar yang belum jadi dan mungkin terjadi, tetapi amat mengancam kehidupan masa depan rakyat?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.