`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Saturday, September 30, 2017

Nasib pekerja KR1M di tangan Mydin, kata Hamzah

Menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan berkata, semua pekerja KR1M di bawah tanggungjawab Mydin dan tiada kena-mengena dengan kerajaan.
Hamzah-Zainudin-mydinKUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, nasib pekerja Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bergantung kepada syarikat pengendalinya, Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd (Mydin).
“Pekerja KR1M semua di bawah tanggungjawab Mydin dan tiada kena-mengena dengan kerajaan. Ini yang ramai orang salah faham,” katanya selepas merasmikan Karnival Youngpreneurs Go (YPGO) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) hari ini.
Kontrak Mydin sebagai pengendali KR1M digesa ditarik balik oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Julai lepas kerana didapati menjual produk pada harga jauh lebih tinggi berbanding pasaran.
KR1M mula beroperasi pada 2011 bertujuan menjadi pilihan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun banyak aduan dilaporkan diterima kerana tidak puas hati terhadap harga dan barangan yang dijual.
“Jadi, bila dia (Mydin) kata dah tak boleh teruskan, maka itu keputusan Mydin. Bila dah tutup, terpulanglah kepada Mydin sama ada nak ambil atau tidak (kakitangan),” kata Hamzah. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.