`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Friday, September 29, 2017

NURUL IZZAH DIJANGKA BERTANDING DI JOHOR?

SHAH ALAM – Sekurang-kurangnya empat pemimpin utama Pakatan Harapan difahamkan sudah bersedia bertanding di Johor pada PRU14.
Pemimpin yang dimaksudkan ialah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
 Strategi Harapan untuk meletakkan pemimpin-pemimpin penting bertanding di Johor adalah bagi membuktikan kesungguhan mereka untuk terus menggempur kubu kuat Umno seperti dalam PRU lalu.
Analisis yang dibuat oleh Oriental Daily menunjukkan penubuhan Bersatu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin, walaupun tidak mencetuskan gelombang ahli Umno keluar secara beramai-ramai daripada parti, tetapi ini tidak bermakna Umno mampu meneruskan pencapaiannya seperti PRU lalu.
Pada PRU lalu, pakatan pembangkang Johor memperoleh rekod terbaik apabila memenangi lima kerusi parlimen daripada 26 kerusi dipertandingkan.
Akhbar ini difahamkan, Kit Siang dikatakan akan bertanding di selatan Johor, sementara Muhyiddin pula mengetuai barisan pembangkang untuk bertanding di utara Johor.
Selain itu, Salahuddin dikatakan akan terus bertanding di salah satu kerusi parlimen negeri berkenaan.
Manakala PKR dipercayai akan meletakkan beberapa pemimpin utamanya seperti Nurul Izzah; Ketua Penerangan, Syed Ibrahim Syed Noh dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk menghadapi tentangan daripada Umno.
Menurut sumber dalaman, Kit Siang akan kekal bertanding di selatan Johor, kemungkinan akan terus mempertahankan kerusinya di Gelang Patah ataupun di Johor Bahru. Ia terpulang kepada perbincangan yang diadakan antara pemimpin Harapan.
Sumber dalaman itu memberitahu, selain tenaga Muhyiddin diperlukan untuk terus memperluaskan pengaruh Bersatu di utara Johor, Ketua Pemudanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut difahamkan akan dipilih bertanding di Johor.
“Kini semuanya tertumpu pada Bersatu. Kemungkinan lebih ramai pemimpin peringkat tertinggi bertanding di Johor, terutama di sebelah selatan,” tulis akhbar ini.
– Sinar harian

1 comment:

  1. Assalamualaikum wr wb. Saya Sangat berterimah kasih kepada KI RONGGO LAWE
    berkat semua bantuan yg diberikan saya sdh buka usaha dan memiliki
    beberapa Restoran ternama di Surabaya mengatakan ”Saya dulu seperti
    orang gila, bahkan hendak bunuh diri, usaha saya ditipu sahabat karib
    dan membawa lari semua uang saya. Saya pun harus menanggung hutang
    supplier dari usaha kontraktor yang dibawa lari teman saya. Kesana
    kemari minta bantuan gak ada yang nolong. Bahkan saya sudah keliling
    Indonesia untuk mendapatkan atau mencari pinjaman dan dana gaib, tapi
    untung di ujung keputus asa’an saya bertemu dgn KI RONGGO LAWE yang
    dikenalkan oleh adik ipar saya, akhirnya bliau menawarkan bantuan Dana
    Gaib tanpa tumbal/resiko diawal ataupun akhir dan dari golongan
    putih.setelah persyaratanya dilengkapi dan ritual selesai, MENGEJUTKAN
    !!!, saya mendapatkan dana gaib sebesar 700jt dihadapan saya.
    kalau mau seperti saya hubungi KI RONGGO LAWE Tlp/Sms : 0853-1403-1099 atau KLIK DISINI
    solusi tepat salam sukses.

    INILAH JENIS MACAM PESUGIHAN DAN BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D.....

    >PESUGIHAN TUYUL| PELARIS USAHA
    >PESUGIHAN UANG GAIB
    >PESUGIHAN JIN KHODAM
    >PESUGIHAN ASMA
    >PESUGIHAN UANG SEPASANG
    >PESUGIHAN UANG BALIK
    >PESUGIHAN JUAL JANIN
    >PESUGIHAN PUTIH TAMPA TUMBAL
    >PESUGIHAN NIKAH JIN
    >PELARISAN DAGANG

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.