`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Friday, September 29, 2017

Rosmah sempurnakan misi bantuan banjir ke utara

Misi tersebut fokus kepada bantuan fizikal seperti pembersihan rumah serta menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa.
Rosmah-MansorKUALA LUMPUR: Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyempurnakan majlis pelepasan Misi Pasca Banjir Utara 2017 yang disertai lebih 400 sukarelawan Team Salute Malaysia untuk misi bantuan banjir ke utara Malaysia Barat.
Misi yang bermula hari ini hingga 1 Oktober melibatkan Kedah dan Perlis.
“Misi ini melibatkan 53 kenderaan pacuan 4 roda dengan konvoi dari zon Tengah, Selatan dan Timur yang akan bergabung lagi dengan 50 kenderaan dari Utara dan 2 buah bas.
“Jumlah yang terlibat 400 orang (sukarelawan),” kata Presiden Kumpulan Salute Malaysia Datuk Rizal Mansor yang turut mengetuai misi bantuan tersebut.
Majlis berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur. Rizal berkata, misi tersebut membawa bantuan fizikal seperti pembersihan rumah serta bantuan makanan. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.