`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Saturday, September 30, 2017

Dr Hipokrit - Kenapa Tak Suruh Batal "Pesta Tajaan Beer Heineken" Dengan Wanita Tunjuk Aurat Ini? Kenapa Diam Pula?

Kepada Dr Hipokrit, 

Saya baru dapat tahu bahawa acara F1 Motor Racing antarabangsa juga ditaja (sponsor) oleh syarikat minuman gergasi Heineken.  

Heineken ini bukan jual air zam zam tau.  Heineken jual air minuman beer. 

Jadi di Malaysia pun acara F1 Motoracing di Sepang di taja juga oleh Heineken, yang bukan jual air zam zam tau.

Saya buat Google search dan jumpa gambar-gambar iklan dan promosi F1 Malaysia seperti berikut:

 
 Petronas pegang francais F1 Racing di Malaysia.
Iklan Heineken mendepani gambar Menara Kembar Petronas.



 Acara F1 tahun 2016 di Litar F1 Sepang . Iklan Heineken yang banyak menolong pemandu F1 memilih lorong yang betul (untuk mudah bayar tol??)  





Atas dan bawah : Oleh kerana Dr Hipokrit masih muda, baik jangan 
melihat gambar wanita "menampakkan" aurat ini. Mereka adalah 
'Grid Girls' di Litar Racing F1 di Sepang.
 

Atas dan bawah : Cap Potonah




Atas dan bawah : Cap lain-lain. Campur- campur.



Dr Hipokrit kena faham. 
B__r Festival itu untuk orang kafir sahaja. 
Itu orang kafir punya pasal.
Orang Islam tak boleh pergi.   
Habis  kenapa minta B__r Festival di batalkan.


Acara F1 ini pula untuk semua orang,  termasuk  kafir, bukan kafir, nak jadi kafir, sudah jadi kafir, belum jadi kafir, pura-pura bukan kafir,  fe'el macam kafir  dan ramai jenis  lagi. Omputih kata 'a mixed crowd'. 

Kenapa Dr Hipokrit tak minta acara ini pun di batalkan?

Sponsor dia Heineken. 
Heiniken itu bukan jual air zam zam tau.
Heineken jual air beer.

Apa kata Dr Hipokrit? Diam saja?

Orang kafir buat B__r Festival ikut hak dia.
Tak ramai pun. Paling ramai 100 - 200 orang.
Siapa suruh awak pergi mengganggu?
  

wala ya'la-manna -allahu alladzeena aamanuu wala ya'la-manna al munafiqoona 



Ini pula ada sedikit hiburan F1.  
Kita kena bayar juga - RM295,000.
Dengan duit rakyat kita.  









2 comments:

  1. Submit your website or blog now for indexing in Google and over 300 other search engines!

    Over 200,000 sites submitted!

    Submit NOW via I Need Hits!!!

    ReplyDelete
  2. Find free website marketing tools at TrafficHeap.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.