`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 20, 2017

‘BELUM DAPAT KUASA, DAH LUPA RABU, KHAMIS, JUMAAT’

Walaupun tulisan Tun Mahathir Mohamad bertajuk “Kafirkah Saya?” ditujukan kepada Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan sehingga ini beliau belum tampil memberikan reaksinya, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad nampaknya lebih pantas membalasnya.
Selain mengatakan Tun Mahathirlah punca perpecahan, bukan saja kepada orang Melayu, tetapi juga UMNO, Idris berkata, “sekarang apabila tidak ada kuasa,  baru sedar Rabu, Khamis, Jumaat.”
“Biar Tun Mahathir tengok hasil kerja tangannya selama 22 tahun,” ujar Idris yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak.
Sesungguhnya kita tidak menafikan ada kelemahan-kelemahan tertentu sepanjang Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, tetapi tentulah sukar untuk menafikan bahawa  9 tahun Najib berkuasa jauh lebih buruk berbanding 22 tahun pemerintahannya.
Hari ini, dengan Tun Mahathir berjuang bersama Pakatan Harapan dan terus diberikan kesihatan dan pemikiran yang baik, ia mungkin suatu rahmat daripada Tuhan untuk beliau tampil menyelamatkan negara, sebagaimana kemampuannya menyerlahkan banyak kecemerlangan untuk Malaysia sebelum ini.
Rakyat yang sedar akan kerosakan tersebut serta beban sengsara yang ditanggung dalam meneruskan kehidupan, tentulah dengan sendirinya sukar menolak perjuangan Tun Mahathir sekarang.
Lebih-lebih lagi bila membayangkan kemungkinan era makin gelap dan jauh lebih menakutkan sekiranya Najib terus dikekalkan kuasanya selepas PRU 14 akan datang.
Sementara Idris mendakwa Tun Mahathir, setelah tiada kuasa, baru sedar Rabu, Khamis, Jumaat, sebaliknya apa jadi kepada Pas ketika ini?
Apa alasan  Pas semakin mendekati dan berbaik-baik dengan kleptokrat yang jauh lebih merosakkan negara?
Mengapa Pas lebih memilih haluan untuk memberi kelebihan kepada Najib terus mengekalkan kuasanya, malah dalam banyak keadaan tidak lagi menyerang UMNO dan BN, tetapi lebih ghairah menembak kepada Tun Mahathir dan Pakatan Harapan?
Tidakkah tingkah laku Pas sekarang ini umpama belum pun dapat kuasa, tetapi sudah mula lupa kepada Rabu, Khamis, Jumaat?
Kalau Pas masih ingat Rabu, Khamis, Jumaat, apakah mempersoalkan kesilapan masa lalu Tun Mahathir lebih afdal jika dibandingkan dengan sikap berdiam diri dan redha terhadap banyak kerosakan yang ada di depan mata?
Berbanding Tun Mahathir yang masih ingat Rabu, Khamis, Jumaat, adakah ia lebih buruk daripada Pas yang semakin lupa kepada Rabu, Khamis, Jumaat?
Dengan itu, siapa yang lebih dulu harus bertaubat, banyak beristigfar dan melebihkan masa berada di atas tikar sembahyang?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.