`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 25, 2017

HANIPA: HADI MENGARUT ‘FIRST CLASS’

Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Hanipa Maidin menyifatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang “mengarut” dalam gesaan supaya anggotanya hadir ke perhimpunan Fastaqim 2.0.
Hanipa berkata beliau tidak pasti apa kaitan antara program itu dengan janji dan taat setia kepada perjuangan Islam.
“Adakah jika tidak dapat hadir ia bermakna ahli parti itu dilihat telah mungkir janji dan tak taat setia kepada perjuangan Islam?
“Kalau ya, bagi saya, maaflah, ini mengarut first class!” kata bekas peguam PAS itu.
Hadi hari ini menyeru anggota PAS hadir ke perhimpunan Fastaqim 2.0 anjuran mereka di Kuala Terengganu pada 29 dan 30 September ini.
Katanya, anggota parti itu harus “menunaikan janji dan taat setia kepada perjuangan Islam dan keazaman untuk menyelamatkan negara tercinta ini.”
Perhimpunan itu dianjurkan bagi memberikan isyarat bahawa parti itu sudah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya tahun depan.
Menulis di Facebook sebentar tadi, Hanipa mempersoalkan sejak bila kehadiran ke program politik PAS ada ada kaitan dengan tunai janji dan taat setia pada perjuangan Islam.
“Dan sejak bila pula parti suci jadi pemilik tunggal yang monopoli definisi perjuangan Islam?” soal anggota parlimen Sepang.
Berkaitan keazaman untuk menyelamatkan negara, Hanipa mengakui perkara itu bagus.
Beliau bagaimanapun mendakwa PAS dan anggota parlimen parti itu bagaimanapun gagal bersuara lantang dalam isu 1MDB di parlimen.
Hanipa antara sekumpulan pemimpin kanan PAS yang ditolak beramai-ramai dalam pemilihan parti itu sebelum ini.
Mereka kemudian menubuhkan AMANAH sebagai parti Islam baru yang mahu membawa pendekatan terangkum.
– M’kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.