Hasrat Pas untuk bertanding 100 kerusi Parliman dalam pilihanraya umum akan datang bukanlah perkara baru sebenarnya. Beberapa pemimpinnya sudah bercakap sebelum ini mengenai perkara itu.
Begitu juga, daripada 100 kerusi yang ditandingi itu, keyakinan Pas untuk menang sebanyak 40 kerusi bukanlah juga perkara baru. Beberapa pemimpin Pas sebelum ini sudah selalu memperkatakannya.
Apa yang disebut oleh Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung Pas mengenai hasrat bertanding 100 kerusi dan menang 40 kerusi tidak ada yang barunya, malah tidak lebih hanyalah ulangan semata-mata.
Oleh kerana ia adalah kenyataan berulang, tulisan ini pun lebih merupakan peringatan ulangan kepada seluruh pengundi PRU 14 bahawa Pas menyertai pilihanraya akan datang bukanlah untuk menang, tetapi sekadar untuk menjadi pengacau saja.
Ia semakin menepati kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang tegas menyatakan kedudukan Pas adalah sebagai pengacau kepada Pakatan Harapan untuk menumbangkan UMNO dan BN.
Dalam Pas tetap mempertahankan musuh mereka juga adalah UMNO dan BN serta mahu mentadbir negara ini, parti itu secara tidak langsung mendedahkan ketidakinginan untuk menang dan mengambil alih kuasa apabila menyasarkan kerusi kemenangan sebanyak 40 saja.
Bagaimanakah dengan 100 kerusi yang ingin ditandingi dan 40 kerusi sebagai sasaran kemenangan, Pas mampu mengambil alih kuasa sedangkan jumlah mininum untuk menang dengan majoriti mudah ialah 112 kerusi?
Lebih daripada itu, jika Pas bertanding 100 kerusi dan matlamat kemenangan hanya 40 kerusi, apa jadi dengan lebihan 60 kerusi yang turut ditandinginya?
Untuk apa Pas bertanding di 60 kerusi tersebut?
Kenapa Pas tetap mahu bertanding 100 kerusi jika kerusi yang diyakini menang cuma 40?
Suka-suka, duit berlebih atau untuk menjadi pengacau supaya UMNO dan BN berpotensi untuk memenangi 60 kerusi tersebut?
Mengapa Pas tidak bertanding cukup-cukup 40 kerusi dan menumpukan sepenuh tenaga dan jenteranya di situ saja?
Dalam hal ini, berbeza dengan BN yang bertanding di semua 222 kerusi untuk mempertahankan kerajaan yang sedang dipimpinnya, begitu juga dengan Pakatan Harapan yang turut bertanding 222 kerusi sebagai lambang keyakinan ke arah pembentukan sebuah kerajaan baru, sebaliknya apa yang boleh diharapkan kepada Pas yang hanya bertanding 100 kerusi dan sasaran menang 40 saja?
Susahkah kita memahami apa keinginan Pas yang sebenar dalam PRU 14 nanti?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.