`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, September 14, 2017

Zakir Naik, Mufti Menk ancaman kepada keharmonian, kata menteri Singapura

Melayu-Islam di Singapura kini boleh berbangga dengan kejayaan mereka tetapi menghadapi ancaman pemikiran sempit pendakwah asing, kata menteri dalam negerinya.
K.-Shanmugam
PETALING JAYA: Seorang menteri kanan Singapura menyatakan kebimbangan dengan pengaruh negatif di kalangan umat Islam yang cuba dibawa ke republik itu, sambil memberi contoh 2 pendakwah asing yang popular di rantau ini.
Menteri Dalam Negeri K. Shanmugam, sambil memuji umat Islam Singapura sebagai komuniti yang maju dan bertoleransi, berkata mereka kini berdepan dakyah yang cuba mempromosikan “Islam eksklusif” di kalangan belia Islam, sambil menamakan Dr Zakir Naik dan Ismail Musa Menk.
Dr Naik merupakan pendakwah dari India yang mengundang kontroversi di beberapa buah negara termasuk Malaysia, manakala Ismail, atau lebih dikenali sebagai Mufti Menk, adalah mufti Zimbabwe yang kerap berkunjung ke rantau ini untuk menyampaikan ceramah agama.
“Malangnya, tidak ada pihak di rantau ini yang menghalang ajaran seperti itu,” kata Shanmugam dipetik akhbar The Straits Times, ketika berucap kepada 400 wakil masyarakat Melayu Singapura.
Mufti Menk baru-baru ini mengundang kontroversi di Singapura selepas pandangannya mengharamkan umat Islam daripada memberi ucapan Krismas dan Deepavali kepada penganut Kristian dan Hindu. Awal tahun ini, beliau disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kerajaan Singapura menyekat kemasukan Naik dan Mufti Menk ke negara itu selepas menerima aduan tentang isi kandungan ucapan mereka yang mengancam keharmonian agama.
Shanmugam dalam ucapannya berkata masyarakat Melayu dan Islam di Singapura perlu berbangga dengan pelbagai kejayaan yang membolehkan mereka mengharungi masa depan dengan penuh yakin.
Menurutnya, umat Islam di Singapura kini lebih berpendidikan dan pemilikan aset mereka juga meningkat.
“Masyarakat Islam di Singapura merupakan contoh dalam toleransi, kejayaan dan pendidikan. Dalam setiap lapangan, kita boleh jadi contoh. Lihatlah masyarakat lain di seluruh dunia. Berapa ramai yang memiliki kejayaan sebegini?” soalnya.
Shanmugam berkata orang Melayu Singapura perlu yakin dengan budaya mereka, dan mengintegrasikan tradisi dan agama mereka ke dalam masyarakat Singapura amnya.
Ucapan Shanmugam di sebalik pelantikan bekas speaker Parlimen, Halimah Yacob sebagai presiden Singapura, menjadikannya presiden Melayu kedua di negara itu.
Halimah merupakan antara 3 calon yang bakal menyertai pilihan raya presiden tahun ini yang dikhaskan untuk calon Melayu. Bagaimanapun, 2 lagi pencalonan ditolak kerana gagal memenuhi syarat ketat termasuk sama ada mereka benar-benar keturunan Melayu. Penolakan itu dengan sendirinya menjadikan Halimah menang tanpa bertanding. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.