`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 22, 2017

Anak pegawai pelancongan Perak ada saham dalam syarikat dikaitkan IMAMS

Bagaimanapun, ayahnya Md Salleh Huddin Abu Hanifah berkata ia tidak ada kena mengena dengannya.
Md-Mahathir-Md-Salleh-Huddin-4
PETALING JAYA: Anak kepada seorang penasihat kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan merupakan salah seorang pemegang saham dalam sebuah syarikat yang diberi kontrak menguruskan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang dibatalkan minggu lalu, menurut carian rekod syarikat.
Md Mahathir Md Salleh Huddin, 28, anak kepada Md Salleh Huddin Abu Hanifah, disenaraikan sebagai pemegang saham dalam OPG Global Group Sdn Bhd, syarikat yang diberikan kontrak menguruskan IMAMS, yang mengundang reaksi marah dari pelbagai pihak sehingga memaksa Putrajaya membatalkannya.
opg-global-1
Menurut direktori rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Salleh merupakan penasihat kepada menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di samping penasihat Destination Perak Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Ketika dihubungi, Salleh menafikan penglibatan anaknya menjurus kepada kronisme.
Salleh juga menafikan beliah “pegawai khas” Nazri seperti terkandung dalam mesej di media sosial hari ini.
“Saya bukan pegawai (Datuk Seri Nazri Aziz). Saya sebenarnya jaga pelancongan Perak, saya sebagai penasihat, saya tidak terima sebarang gaji, saya tidak ada kaitan,” katanya kepada FMT.
“Saya tidak ambil gaji dari kementerian, satu sen pun saya tidak ambil. Saya hanya ‘freelance’,” katanya.
md
Mengenai anaknya yang dikaitkan dengan IMAMS, Salleh berkata beliau tidak ada kaitan dengan urusan itu.
“Apa yang hendak ditipukan? Dia meniaga lama dah, bukannya baru,” katanya.
“Itu syarikat anak saya, tidak ada kena-mengena dengan saya,” katanya.
Semakan FMT dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Mahathir adalah pemegang saham kedua dalam OPG Global, di samping Sofia Akzan Amir Selamat Amir.
smm-mahathir
Bagaimanapun, nama “Salleh Huddin Abu Hanifah” tertera di laman web OPG Global sebagai “pengerusi eksekutif” syarikat itu.
IMAMS dirancang sebagai akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses kedutaan Arab Saudi, dan diwujudkan bagi membanteras aktiviti penipuan pakej umrah.
Sistem yang sepatutnya dilaksanakan ke atas agensi pelancongan umrah itu bagaimanapun dibatalkan sehari selepas pelancarannya pada 15 Disember lalu, susulan bantahan pelbagai pihak.
Di bawah sistem itu, jemaah perlu membayar tambahan RM90.10 yang merangkumi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM5.10, insurans (RM40) dan caj sistem yang digunakan IMAMS (RM45). -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.