`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, December 30, 2017

ADIK AZMIN: ‘HELO MUFTI, BOLEH TAK KAU…

Selebriti sensasi dan kontroversi, Azwan Ali, memang terkenal dengan mulutnya yang tidak teragak-agak melafazkan kata-kata pedas berbisa.
Disebabkan kelantangannya itu juga Azwan didatangi beberapa pihak untuk memberikan nasihat kepadanya agar menjaga adab sebagai seorang Muslim.
Bagaimanapun, mendedahkan perkara itu, Azwan sebaliknya membalas dengan mesej lebih tajam, termasuk kepada seorang mufti.
“Nak panggil mufti pula nasihatkan aku, kesian. Saya belum depress (tertekan), boleh periksa mental saya, saya OK. Kau yang sakit,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Azwan merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya.
Dia dilahirkan dan menetap di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang Selangor.
Anggota keluarganya memang dikenali ramai. Selain Azwan turut menjadi tokoh umum ialah abangnya Datuk Seri Azmin Ali yang kini menjadi menteri besar Selangor, serta Umi Hafilda dan Arpah Ali (pakar motivasi).
Berbanding dengan yang lain Azwan lebih dulu dikenali ramai kerana pembabitannya dalam dunia hiburan sebagai hos program TV.
Kata Azwan dia selalu ditegur oleh mufti yang didakwanya memberi label kepadanya dengan istilah Islam.
“Helo mufti, boleh tak kau memperbetulkan 1,001 permasalahan orang Islam di Malaysia daripada kau sibuk nak tegur Azwan Ali?
“Bak kata lagu siapa tu… (Alif Syukri) abang nak tegur, abang nak tegur… Jadi, tak payah tegurlah buang masa saja,” tegas Azwan sambil menyanyikan lagu nyanyian Datuk Seri Alif Syukri bersama Nur Sajat, Abang Nak Tegur yang menjadi tular ketika ini.
Bangun dan ambil iktibar
Bagaimanapun di sebalik kemarahannya itu Azwan berkata dia sudah maafkan mufti terbabit.
“Saya maafkan mufti itu,” tegas Azwan.
Mengulas mengenai keluarga besarnya Azwan beliau mengakui ia telah lama hancur.
Mengakui sedih dengan apa yang berlaku Azwan mahu ia dijadikan iktibar oleh semua pihak.
“Satu persoalan yang tepat, dan saya tidak akan menyaman Malaysiakini atau sesiapa saja yang menjurus kepada kenyatan itu, bahawa keluarga Azmin Ali, Azwan Ali atau sesiapa sahaja anak arwah Haji Ali ini, berantakkan ke tahap maksimum.
“Allah SWT dah menduga, menguji keluarga arwah Haji Ali dan arwah Mak Tom (ibu Azwan) dan satu dunia bercerita tentang keluarga kami.
“Tetapi inilah musibah yang berlaku kepada keluarga saya, yang harus dikutip sebagai iktibar.
“Kepada keluarga-keluarga Melayu di luar sana saya menyeru untuk bangun dan kutip iktibar ini. Bagaimana jika suatu hari nanti ia berlaku kepada keluarga tuan puan?” katanya.
Namun, kata Azwan hubungannya dengan Ummi Hafilda masih baik meskipun mengakui beliau tidak sekapal dengan adik perempuannya itu.
“Ummi ini sebenarnya sangat vokal. Vokal dia mengatasi saya sebenarnya cuma saya harus nyatakan yang saya belum lagi ke tahap untuk menidakkan Ummi sebagai darah daging.
“Dia tetap adik, cuma ada perangai-perangai dia yang membuatkan kami agak sukar sekapal. Saya rasa saya boleh terima Ummi Hafilda sebagai adik sebab apa jadi pun itu adalah dia,” katanya.
Menyentuh hubungannya dengan keluarga Azmin, Azwan melahirkan sedikit kekesalan dengan apa yang berlaku.
“Saya dulu banyak berhubung dengan isteri dia (Azmin) yang saya panggil Kak Shida tetapi atas beberapa perkara semasa yang saya dah sembur dia pun membuatkan hubungan kami agak renggang.
“Tapi saya bukan hipokrit kerana apa yang saya sembur itu mengenai hal keluarga, tak ada kena mengena dengan pemerintahan Azmin dan biarlah hanya saya, dia dan Allah saja yang tahu,” kata Azwan.
Namun, dari sudut kecil hati Azwan beliau mengagumi kakak iparnya Datin Seri Shamsida Taharin.
“Azmin, Azmin tapi Shamsidar ini satu bagusnya, dia menghormati saya. Jadi, sebagai kakak ipar saya tetap menghormati dia dan biarlah Shamsida dengan dunia dia, kalau dia boleh terima saya begitu jugalah saya. Sama juga dengan anak-anak dia,” kata Azwan.
– M’kini

1 comment:

  1. Kenapa keluarga Azwan berantakan?

    Azmin kenapa selidik balik bagaimana tapak rumah di mana dia dibesarkan boleh bertukar dari tanah wakaf kepada tanah persendirian...bagaimana tanah perkuburan seluas sepuluh ekar hanya tinggal dua ekar !

    Sendiri mau fikirlah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.