`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, December 30, 2017

Dr M sahkan akan bertanding PRU14

Beliau kemungkinan akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya.
mahathir_undi_600
SHAH ALAM: Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.
Menurut Dr Mahathir, beliau kemungkinan akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya.
“Mereka memberitahu saya bahawa saya berpeluang untuk menang di Langkawi, Kubang Pasu dan Putrajaya. Jadi, bersedialah,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) di tepian mesyuarat agung PPBM pertama hari ini.
Dr Mahathir juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk dilantik perdana menteri sementara. Beliau pernah menjadi perdana menteri dari 1981 sehingga 2003.
“Semua perdana menteri adalah sementara, semua diberikan masa selama 5 tahun, kadang-kala kurang sikit. Tetapi kalau mati, susah sikit,” katanya.
Dr Mahathir turut menepis kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang menganggap pelantikan perdana menteri “sementara” sebagai amalan tidak sihat dan tidak berperlembagaan.
“Siapa peduli PAS?” kata Dr Mahathir menjawab soalan pemberita.
Pada masa sama Dr Mahathir menjelaskan tindakan memohon maaf atas segala kesilapan dan kelakuannya sejak menyertai politik adalah adat orang Melayu.
“Kerana kita tidak tahu yang mana kita salah. Itu adat. Sebagai orang Melayu kita perlu rendah diri.
“Kemungkinan perkara yang kita lakukan itu salah pada pandangan orang, itu sahaja. Saya minta maaf sejak dari berkecimpung dalam politik sejak 1945,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.