`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 26, 2017

Awas! Anda Mungkin Termakan Musang King Palsu

Kegilaan terhadap durian kembali melanda negara sehinggakan setiap hari ada saja gambar durian dimuat naik di media sosial.
Seperti biasa, kegilaan tersebut sudah pastinya tertumpu ke arah durian jenis Musang King atau durian kunyit.
Permintaan tinggi terhadap durian Musang King (D197) ini menyebabkan harga raja buah terbabit melonjakkan sehingga mencecah RM800 sekilogram di luar negara.
Nasib baiklah di Malaysia, anda masih mampu menikmati durian Musang King serendah RM30 sehingga RM40 sekilogram bergantung pada gred durian berkenaan.
DURIAN KUNYIT PALSU
Namun, di sebalik kemeriahan terhadap pesta durian ini, orang ramai diberi amaran supaya tidak terpedaya dengan durian kunyit yang diimport dari Thailand.
Durian ini dijual dengan nama Musang King tetapi hakikatnya ia bukan daripada jenis berkenaan.
Perkara ini didedahkan oleh Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Hortikultur, Pusat Pertanian Batang Merbau, Mansor Ab Latif menerusi Sinar Harian.
Menurutnya, ada pihak mengambil kesempatan atas populariti Musang King dengan menjual durian daripada gred dan jenis yang lain.
Jelasnya, fizikal daun dan buahnya berbeza dengan Musang King sebenar yang dijual di sini.
Durian dari Thailand adalah jenis gred D159, D158, D123 dan D99 manakala Musang King adalah D197.
"Orang ramai boleh merujuk kepada Jabatan Pertanian sekiranya mahu memastikan ciri-ciri Musang King yang sebenar," katanya.
BENIH DURIAN JADI MANGSA
a close up of food: Durian Musang King amat digemari ramai.© Facebook Nurulizati Durian Musang King amat digemari ramai.
Kehebatan Musang King memang tidak dapat disangkal. Bukan hanya isi duriannya saja yang cuba di dieksploitasi, benihnya juga menjadi mangsa penipuan.
Berdasarkan pemantauan Pusat Pertanian Batang Merbau, terdapat individu yang cuba menjual benih durian Musang King yang kononnya mampu menghasilkan buah dalam tempoh tiga tahun.
Menurut Mansor, adalah mustahil pokok durian jenis ini mengeluarkan buah dalam tempoh tiga tahun kerana biasanya ia mengambil masa sekurang-kurangnya enam tahun.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak terlalu taksub untuk menikmati durian.
a close up of a fruit tree: Awas! Anda Mungkin Termakan Musang King Palsu© Jangan terlalu taksub untuk makan durian hingga tertipu dengan jenis dan gred sebenar raja buah ini.... Awas! Anda Mungkin Termakan Musang King Palsu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.