`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 18, 2017

Jangan Lupa Jemput Duta Arab Saudi, Mesir, Kuwait, UAE, Emiriah Ke Perhimpunan Anti Donald Trump Nanti. Pak Arab Makin Jatuh Cinta Dengan Israel

Saudara - saudari yang 'slow learners',  yang tak faham baca media selain daripada Utusan atau Harakah, yang boleh lemas dalam air liur pas-pis-pus, Hadi dan  Najib sila dengar dulu apa yang pak arab ini cakap berkenaan cinta dan kasih sayangnya terhadap Israel.   Ini videonya :


Link : https://youtu.be/EweR3yxy6gY


Saudara/i sekalian,  musim sedang berubah di tanah arab.  
Untuk survival mereka, pak arab sekarang lebih akrab dengan Yahudi dan Israel.

Bagi saudara-saudari yang rela diperbodohkan oleh Najib dan Hadi untuk berhimpun dan berdemonstrasi membantah Donald Trump dan sebagainya, sebelum saudari/i menyertai sebarang perhimpunan tunjuk perasaan, sila tanya duta Arab Saudi, duta Kuwait, duta Emiriah dan duta Mesir hadhir menyertai perhimpunan anda.

Jangan lupa  menjemput semua kedutaan Pak Arab di Kuala Lumpur.

Lebih afdal menjemput duta Arab sekali untuk turut membantah Donald Trump,  Baitul Maqdis, Palestin dan sebagainya.

Juga jangan lupa tanya Najib jika dia masih ingin  bermain golf dengan Donald Trump?

Atau apakah Malaysia akan memutuskan perhubungan diplomatik dengan Washington? 

Jika tidak ada sebarang tindakan yang akan diambil atau yang akan dibuat, habis apakah tujuan sebenarnya mengadakan perhimpunan besar membantah keputusan Donald Trump?

Untuk mengutip derma dalam Tin Milo bagi parti pas-pis-pus?

Untuk memberi peluang Najib dan Hadi berdiri sepentas untuk menipu undi Melayu 'slow learners' tanpa putus?

Soalan terakhir hari ini  :  

Orang Palestin tahu ke anda akan mengadakan demonstrasi tunjuk perasaan itu? 

Orang Palestin tahu ke anda akan mengutip derma dalam Tin Milo atas nama mereka  ?  

Duit yang dikutip itu akan sampai ke kepada orang Palestin itu?
Atau duit itu akan jadi modal bini muda, beli kereta mewah, beli rumah banglo dan sebagainya?

Mana ustaz Nasarudin - yang dilantik Najib jadi ketua Global Moderates dengan gaji besar itu? 

Betulke rumah ustaz di Bangi itu nilainya  RM3 Juta? 

Rancak brother. Rancak. 

Akhir kalam, kaum yang dhaif yang mudah ditipu akan ditimpa nasib yang setimpal. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.