`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 3, 2017

Masyarakat India bukan lagi di estet, kata Najib

Kerajaan mahu membantu masyarakat India melalui peralihan daripada komuniti estet kepada komuniti moden.
najib-indian-1
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan keutamaan kepada masyarakat India memandangkan komuniti itu sedang mengalami peralihan daripada komuniti estet kepada komuniti moden.
Cabaran unik seperti itu memerlukan perhatian khusus daripada kerajaan untuk membantu struktur ekonomi masyarakat India, katanya.
“Saya menitik beratkan kepada masyarakat India kerana mereka ada beberapa cabaran unik. Terutama sekali cabaran struktur komuniti India.
“Daripada ladang estet yang kini semakin hari digunakan untuk tujuan lain dan generasi baru memerlukan bantuan tertentu supaya peralihan dari komuniti estet kepada komuniti moden dapat menjadi kenyataan,” kata Najib ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Makkal Sakti ke-9 hari ini.
Bagi mencapai kenyataan itu, presiden Barisan Nasional (BN) itu membentangkan pelan tindakan khusus untuk membantu masyarakat India.
“Dalam rekod sejarah Malaysia belum pernah lagi dalam rekod hansard Parlimen dibentangkan dalam bajet negara ada satu program atas nama ‘Indian blueprint’,” kata Najib.
Perdana menteri melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India (MIB) pada April tahun ini. Pelan tindakan 10 tahun itu meliputi keperluan asas, pendidikan, perumahan, pekerjaan, keusahawanan dan keterangkuman sosial. Ia akan dilaksanakan oleh unit khas di Jabatan Perdana Menteri.
Oleh itu, sokongan harus diberikan kepada BN kerana hanya pakatan itu yang mengotakan janji, kata Najib.
“Kita jangan percaya janji kosong. Janji kosong dalam bahasa tamil disebut ‘vetti pechu’, maknanya janji kosong. Tapi kalau kenyataan disebut ‘Niijem’.
“Sebagai kerajaan BN kita akan teruskan banyak kita telah buat,” kata Najib lagi.
Dalam pembentangan Bajet 2018, Najib menyenaraikan insentif dan program untuk mengangkat taraf hidup masyarakat India.
Ia termasuk inisiatif baharu sehingga RM1.5 bilion dalam bentuk tambahan unit Amanah Saham 1Malaysia.

Beliau berkata kemasukan pelajar India ke pusat pengajian tinggi dan perkhidmatan awam akan ditingkatkan kepada sasaran 7%, dan peruntukan RM50 juta kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) untuk membantu lebih 35,000 usahawan masyarakat itu, dan suntikan RM50 juta ke dalam program pembangunan sosioekonomi masyarakat India. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.