`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 4, 2017

Menteri bidas Melayu ada duit langgan Astro, tetapi kedekut pendidikan anak

Johari Abdul Ghani berkata, untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, orang melayu perlu mengubah cara pemikiran dengan mengutamakan anak dan pendidikan mereka.
johari-student
PETALING JAYA: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani membidas sesetengah ibu bapa Melayu yang mampu membayar RM199 untuk melanggan perkhidmatan Astro, tetapi gagal memberi pendidikan lebih baik kepada anak.
Beliau dipetik China Press sebaliknya memuji kaum lain yang lebih menitikberatkan pendidikan anak supaya mereka boleh berjaya dalam hidup.
Katanya, sebelum meluluskan bantuan bulanan kepada keluarga miskin, agensi kerajaan akan menghantar pegawai untuk melawat dan memahami keadaan sebenar pemohon.
“(Pegawai) yang ke rumah mendapati televisyen mereka (pemohon) lebih nipis daripada televisyen di rumah sendiri. Setiap bulan saya bayar RM60 untuk tengok Astro, mereka sebaliknya bayar RM199 sebulan.
“Apabila bercakap mengenai buku latihan, baju sekolah dan alat tulis anak-anak, mereka mengadu tak ada duit, tetapi mereka bawa kereta Toyota. Ibu bapa bersenang lenang, tetapi anak-anak sebaliknya.”
Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan beg sekolah dan baucar RM100 kepada pelajar sempena Program Ceria ke Sekolah anjuran Komuniti 1Malaysia Kampung Paya di Kuala Lumpur, semalam.
Johari berkata, untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, orang melayu perlu mengubah cara pemikiran dengan mengutamakan anak dan pendidikan mereka.
“Walaupun sesetengah orang bukan bumiputera tidak mendapat pendidikan pada zaman dahulu, tetapi sebagai ibu bapa, mereka bekerja keras untuk membangunkan negara bersama dan memberi pendidikan terbaik kepada anak, akhirnya anak mereka berjaya dalam perniagaan.
“Sebelum negara mencapai kemerdekaan, orang Melayu mempunyai harta dan tanah, tetapi semua itu dijual generasi seterusnya yang tidak berpendidikan dan tidak tahu menguruskan kewangan.”
Katanya, untuk menjadi negara maju, faktor terpenting ialah meningkatkan tahap pendidikan rakyat dan sistem pendidikan Malaysia memberi peluang kepada semua rakyatnya, tidak kira kaya atau miskin mendapat pendidikan.
Bagaimanapun, ramai orang Melayu yang miskin tidak mampu menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik kepada anak.
“Jika ibu bapa selalu menitikberatkan pendidikan, suatu hari nanti anak-anak akan berjaya.
“Untuk mengubah cara hidup, kita perlu tahu merancang dan menguruskan kewangan dengan baik, serta tahu mengutamakan perbelanjaan lebih penting dan kurang penting.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.