`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 13, 2017

Musa Aman kerah sumber untuk mangsa banjir Sabah

Kerajaan negeri memantau dengan rapat situasi banjir di Kota Belud, kata ketua menteri.
musa-aman-flood-victims-malaysiaKOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata kerajaan negeri sudah mengerahkan sumber untuk membantu mangsa banjir di daerah Kota Belut.
Beliau berkata jawatankuasa bantuan bencana alam negeri sudah diaktifkan untuk membantu rakyat terkesan, termasuk memindahkan mereka ke tempat perlindungan dan menyerahkan bantuan seperti bekalan makanan dan keperluan asas.
“Kerajaan negeri memantau dengan rapat situasi banjir di Kota Belud.
“Kami berusaha sedapat-dapatnya untuk menyediakan bantuan yang diperlukan kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Musa menasihatkan mereka yang terjejas supaya bertenang dan mematuhi arahan pihak berkuasa demi kesalamatan mereka.
“Saya juga ingin menasihatkan anak-anak untuk tidak bermain dalam air banjir dan meminta ibu bapa perhatikan mereka.”
Musa turut mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah menilai situasi dan meletakkan langkah-langkah mengurangkan masalah banjir di daerah itu.
Penasihat dari Jabatan Pertahanan Awam Sabah berkata 3 lagi tempat perlindungan dibuka pada 8.00 malam tadi.
Tempat perlindungan tersebut dibuka di SMK Taun Gusi 2, SK Pekan dan SMA Tun Said. Malam tadi, satu tempat perlindungan di buka di Dewan Masyarakat Tun Said.
Jumlah orang yang dilapor dipindahkan meningkat dari 129 orang pada 7.30 pagi tadi kepada 289 orang setakat 8.00 malam, kata penasihat itu.
Sementara itu, 20 orang di daerah Membakut dipindahkan ke tempat perlindungan di dewan kecil Puspanita pada 7.00 malam tadi.
Tujuh kampung di daerah itu di landa banjir, menurut penasihat itu.
Daerah Kota Belud dilanda banjir terburuk pada Oktober.
Mendapan sungai dan aliran air permukaan, akibat gempa bumi yang menimpa Ranau pada Jun 2015 antara sebab diberikan sebagai punca banjir itu.
Lebih 2,500 orang hilang tempat tinggal ketika itu.
Kerajaan Sabah meluluskan peruntukan RM50 juta untuk projek mitigasi banjir sepanjang Sungai Kedamaian, sebatang sungai utama yang mengalir melalui Kota Belud. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.