`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 10, 2017

PAU 2017 DIAKHIRI DENGAN PESTA AMPU-MENGAMPU SESAMA SENDIRI

Ada sesiapa menonton ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 petang tadi?
Apa perasaan anda selepas menonton pemimpin-pemimpin kanan UMNO itu menyampaikan ucapan mereka?
Masih mahu melihat Najib Razak dan barisan kepimpinan UMNO yang ada sekarang menerajui negara atau anda tiba-tiba jadi meloya dan hilang selera kepada mereka?
Seorang bekas Ahli Parlimen di sebuah negeri selatan tanahair berkata, beliau pasti ramai yang bukan saja hilang selera makan, malah hilang selera kepada BN selepas menonton ucapan penggulungan UMNO kali ini, khususnya isi dan cara penyampaian Najib berucap.
Kata beliau, Najib seharusnya lebih fokus kepada isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat berbanding serangan peribadi kepada Tun Mahathir dan Lim Kit Siang dalam ucapannya serta tidak terlalu mengada-ngada dalam cara penyampaiannya.
Jika kita lihat daripada ucapan Ketua Puteri UMNO sehinggalah kepada Najib sendiri, ucapan penggulungan PAU 2017 kali ini tidak lebih daripada pesta ampu-mengampu semata-mata.
Mas Ermieyati, Khairy Jamaluddin, Shahrizat Jalil, Hishammuddin Hussein, Zahid Hamidi – semuanya menjadikan pentas penggulungan PAU 2017 untuk memuji, memuja dan mengampu Najib semaksima yang mungkin.
KJ siap melabelkan Najib sebagai negarawan yang konon tiada tolok bandingnya. Shahrizat pula, tidak sekadar memuji dan mengampu Najib, bahkan dengan Rosmah Mansor sekali diangkat serta dijulangnya.
Hishammuddin juga begitu, manakala Zahid Hamidi siap beberapa kali meminta perwakilan agar bangun berdiri menunjukkan sokongan kepada Najib.
Najib pula, selain mengulangi pertolongannya kepada Zahid Hamidi dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Bagan Datuk pada 1988 dahulu yang seperti ada maksud tersirat beliau berbuat demikian, sudah tentulah memuji dan menyanjung dirinya sendiri sebagai pemimpin yang harus dipilih lagi dalam pilihanraya akan datang.
Tiada apa-apa idea untuk kepentingan rakyat dan bagaimana usaha kerajaan meringankan beban mereka mendepani cabaran ekonomi yang mencabar dilontar atau diulas oleh Najib. Keutamaannya hanyalah untuk menang pilihanraya dan mengekalkan kuasa saja.
Tidak dilepaskan peluang juga oleh Najib ialah menyerang musuh ketatnya, Tun Mahathir dan juga Lim Kit Siang, meskipun isi serangannya tiada yang baharu sama-sekali.
Cuma yang janggalnya, jika ketika merasmikan mesyuarat MCA baru-baru ini, Najib menyatakan Lim Kit Siang tidak mungkin menjadi Perdana Menteri kerana DAP tidak mempunyai cukup kerusi, tetapi di penggulungan Perhimpunan Agung UMNO dan di depan orang Melayu, beliau menyatakan Ahli Parlimen Gelang Patah itu mahu menjadi Perdana Menteri pula.
Tidakkah itu sebenarnya menunjukkan watak Najib yang lidah bercabang, talam dua muka dan tidak boleh dipercayai?
Meskipun Tun Mahathir yang dipersendakannya sudah mencecah usia 93 tahun, namun sikap Najib yang sedemikian rupa tentunya lebih ditakuti oleh sesiapa saja.
Rakyat tidak lupa tentang sikap itu dengan janji Najib untuk menurunkan harga kereta dan tidak menaikkan harga minyak sebelum PRU 13 lalu telah tidak ditunaikannya sehingga ke hari ini.
Jika mengenai Lim Kit Siang saja pun Najib boleh berbeza nada di depan dua audien yang berbeza, sama seperti berbezanya beliau mengenai wang RM2,600 juta yang mula-mula dinafi, tetapi kemudian diakui,  tidakkah ia menunjukkan mungkin lebih banyak lagi  kata-katanya turut tidak boleh dipercayai?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.