`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 22, 2017

Peguam Arab Saudi diusir dari mahkamah kerana tidak berpurdah

Selepas kes itu tular di media sosial, ada kalangan warga internet berkata wanita itu tidak akan diusir jika memakai 'pakaian yang sesuai'.
Peguam-Arab-Saudi-diusir-dari-mahkamah-kerana-tidak-berpurdahPETALING JAYA: Seorang peguam wanita Arab Saudi didakwa diusir hakim daripada mahkamah di Riyadh kerana tidak memakai purdah.
Portal Stepfeed melaporkan, insiden tersebut tular di media sosial selepas kisah pengusiran itu disiarkan dalam rancangan TV negara tersebut, Ma’ali Al Mowaten.
Dalam episod itu, Abdul Rahman Al Lahem, peguam yang mengambil wanita itu sebagai pelatih di firma guamannya berkata, insiden itu berlaku semasa mereka sedang menyiapkan laporan rutin pemfailan di pejabat mahkamah awam Riyadh.
“Seorang hakim berjalan masuk dan ternampak kami. Dia marah kerana rakan sekerja saya tidak memakai purdah, sesuatu yang dia percaya haram di sisi Islam.
“Dia memanggil pihak keselamatan dan polis. Mereka kemudiannya tiba dan memaksa peguam itu keluar daripada bangunan mahkamah,” kata Al Lahem.
Beliau menambah, ketika kejadian wanita itu tidak berada di ruang pembicaraan tetapi di salah satu pejabat mahkamah.
“Hakim itu seperti mahu memberitahu orang ramai, ‘saya tidak akan memberi khidmat atau bekerja dengan anda, jika anda menentang kepercayaan peribadi saya’.
“Kelakuan itu tidak boleh diterima memandangkan ia berlaku di mahkamah. Mahkamah ialah tempat di mana orang datang menuntut keadilan,” katanya.
Al Lahem berkata wanita itu memfailkan tuntutan undang-undang terhadap hakim terbabit.
Dalam rancangan yang sama, penolong timbalan menteri hel ehwal kehakiman Arab Saudi, Sheikh Abdul Rahman Al Qassem berkata insiden itu tidak seperti yang dilaporkan Al Lahem kerana terdapat kisah lain yang sedang disiasat.
“Maklumat awal yang saya terima adalah, peguam itu tidak mempunyai dokumen ID yang sah untuk memasuki bangunan di mana dia berada. Ini, bersama beberapa perkara lain menyebabkan pegawai keselamatan mengiringnya keluar daripada bangunan mahkamah,” katanya.
Al Qassem mengesahkan wanita itu ada memfailkan tuntutan undang-undang dan laporannya akan dipertimbangkan.
“Pihak berkuasa yang terlibat dalam kes itu akan melakukan siasatan lanjut,” katanya.
Selepas rancangan Ma’ali Al Mowaten disiarkan, pengguna media sosial berdebat mengenainya.
Sesetengah mereka berkata hakim itu tidak akan menghalau wanita tersebut jika dia memakai “pakaian yang sesuai”.
Sementara pengguna yang mempertahankan wanita itu berkata kepercayaan agama seseorang tidak boleh dipaksakan ke atas orang lain, dan kejadian itu bukan kali pertama wanita diusir kerana tidak berpurdah. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.