`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 22, 2017

PM NAJIB PERLU BERANI BUBAR PARLIMEN — MAHFUZ OMAR

Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sudah pasti akan berlaku pada 2018. Oleh demikian, Parlimen akan terbubar dengan sendiri pada 24 Jun 2018.
Begitu juga dengan beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan terbubar dengan sendirinya lebih awal daripada 24 Jun 2018 jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak membubarkan Parlimen sebelum tarikh tersebut kerana ada sesetengah DUN lebih dahulu melakukan angkat sumpah wakil rakyat dan sidang DUN bermula lebih awal daripada sidang Parlimen.
Permasalahan sekarang, apakah perdana menteri akan menunggu sehingga penghujung tempoh penggal atau akan membubarkan lebih awal?
Apa yang penting, bukan sahaja persiapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak keselamatan sahaja diperlukan tetapi rakyat juga memerlukan persiapan untuk menghadapi PRU14 nanti.
Persiapan rakyat, khususnya pengundi berdaftar, untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang mengambil bahagian pada pengundian nanti bagi menentukan arah tuju masa depan negara dan rakyat.
Oleh itu suatu proses pilihan raya yang memudahkan rakyat, khususnya pengundi berdaftar, bagi menjadualkan pergerakan kehidupan mereka perlu dilakukan dari awal.
Saya menyarankan kepada perdana menteri agar lebih berani mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen dan tarikh hari pengundian kerana sebagai warganegara yang sah, rakyat Malaysia berhak tahu labih awal.
Pengumuman awal sangat penting untuk memudahkan penjadualan pergerakan percutian rakyat, khususnya pengundi untuk hadapi Tahun Baru Cina dan percutian lain khususnya pergerakan untuk umat Islam mengerjakan ibadah umrah.
Saranan saya ini bagi mengelak beban kos berganda sekiranya rakyat sedang bercuti dan perlu pulang membuang undi di kampung asal serta untuk mengelak pengundi Islam terlepas peluang pengundian sekiranya jadual umrah bersamaan dengan tarikh pengundian PRU14.
Saya menuntut pengumuman segera tarikh pembubaran Parlimen dibuat serta tarikh mengundi diumum selewat-lewatnya pada hari pertama Januari 2018.
Perdana menteri tidak perlu takut menghadapi “hari perhitungan” daripada rakyat dan jangan sengaja mahu menyusahkan rakyat.
Sistem pilihan raya di Malaysia seharusnya lebih berani dan demokratik dengan menjadualkan lebih awal tarikh pembubaran Parlimen.
– Malay Mail

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.