`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 18, 2017

Putera Arab Saudi beli istana termahal di dunia, RM1.2 bilion

Istana yang mempunyai air pancut yang dikawal oleh iPhone itu adalah istana termahal di dunia berharga RM1.2 bilion.
istaba
PETALING JAYA: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman dikatakan membeli sebuah istana di Perancis, Chateau Louis XIV yang digambarkan sebagai istana termahal di dunia, lapor AFP.
Pembelian aset di barat Paris itu yang bernilai AS$300 juta (RM1.2 bilion) adalah pembelian mewah terbaharu putera berkenaan.
Penasihat keluarga diraja itu mengesahkan Mohammed sebagai pemiliknya. Bagaimanapun pegawai Saudi enggan memberi komen mengenai laporan tersebut selepas laman web penyiasatan Perancis, Mediapart melaporkan dakwaan yang sama Julai lalu.
Majalah Fortune melaporkan semasa jualannya pada 2015, istana yang mempunyai air pancut yang dikawal oleh iPhone itu adalah istana termahal di dunia.
Dari bahagian luar, istana itu kelihatan seperti istana pada abad ke-17 yang terletak di Versailles, tetapi binaannya telah dilakukan pengubahsuaian oleh pemaju Saudi.
Binaan antiknya menyembunyikan fasiliti moden di dalamnya. Ia memiliki pawagam, kolam renang mewah dan parit dengan ruang air bawah tanah yang telus supaya para pengunjung dapat menikmati pemandangan kolam ikan koi.
Binaan seluas 57 ekar itu meliputi taman yang dijaga rapi, air pancut besar dan ruang maze, sementara dalamannya dihiasi dengan warna keemasan dan silingnya dihiasi dengan lukisan fresco.
Sebelum ini, desas-desus mengatakan Mohammed akan menaiki takhta Arab Saudi untuk menggantikan bapanya, Salman Abdul Aziz.
Beliau baru-baru ini berusaha menguatkan pengaruhnya dengan mengarahkan penangkapan besar-besaran beberapa tokoh perniagaan dan kerabat diraja yang terlibat dengan rasuah.
Selain itu, beliau juga mengumumkan pelan pembangunan Wawasan 2030 pada tahun lepas, dalam usaha menampilkan dirinya sebagai reformis yang bakal membawa kemudahan, termasuk memperkenalkan dasar Islam yang “lebih sederhana”. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.