`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 9, 2017

Shahrizat saran pelajar Malaysia luar negara jadi duta kerajaan

Ketua Wanita Umno itu berkata mereka boleh berkongsi kisah sumbangan kerajaan Umno dan BN kepada rakyat dengan penuntut dari negara lain.
ShahrizatKUALA LUMPUR: Mahasiswa Malaysia di luar negara boleh berperanan sebagai duta yang berkongsi kisah sumbangan kerajaan di bawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dengan penuntut dari negara lain.
Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata mereka boleh menceritakan tentang kejayaan Malaysia bertahan sebagai negara membangun yang mempunyai rakyat berbilang kaum serta bangsa.
“Meskipun mereka tiada di sini secara fizikal, mereka boleh jadi ikon yang bawa cerita positif mengenai kepimpinan Malaysia di mana sahaja mereka berada dan pendekatan mereka ini boleh timbulkan rasa minat dan hormat negara lain terhadap Malaysia.
“Kita nak negara lain tahu Umno dan BN adalah untuk semua dan bukan hanya untuk kaum tertentu sahaja. Hari ini kita tengok Malaysia aman, makmur dan masa depan untuk anak muda kita cerah di bawah pimpinan BN,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Perwakilan Kelab UMNO Luar Negara di luar Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini.
Mengenai peranan yang boleh dimainkan mahasiswa luar negara untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Shahrizat berkata mereka boleh menggunakan platform media sosial untuk memberitahu pengundi muda segala kebaikan yang dibawa oleh Umno dan BN untuk generasi itu.
“Seperti Wanita Umno, perjuangan kita adalah membina ‘lebuh raya’ politik, sosial dan ekonomi untuk mereka (generasi muda) meraihnya.
“Produk apa yang mereka nak bawa ke lebuh raya ini terpulang pada mereka…kalau tiada lebuh raya yang kita bina hari ini sukar untuk mereka capai kecemerlangan,” katanya.
Beliau dalam pada itu berpuas hati dengan isu yang dibawa oleh perwakilan Wanita pada perhimpunan berkenaan dan berharap pihak berkaitan akan mengambil maklum terhadap semua cadangan yang dikemukakan sepanjang perbahasan. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.