`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 18, 2017

TIADA AUTONOMI BAGI SABAH SELAGI DI BAWAH UMNO, KATA SHAFIE

PENDUDUK Sabah tidak akan dapat membentuk masa depan mereka sendiri selagi Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno mentadbir Sabah, kata Presiden Warisan, Shafie Apdal.
Beliau berkata pemimpin BN dari Sabah sudah memberikan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada pemimpin parti tertinggi di Semenanjung Malaysia dan kerana itu tiada tindakan dapat diambil kerana khuatir akan menyinggung perasaan bos mereka.
“Adakah anda fikir Ketua Perhubungan Umno Sabah Musa Aman yang merupakan ketua menteri Sabah, berani bersuara menentang Najib Razak, presiden Umno?
“Saya meraguinya. Walaupun kesilapan kecil seperti ketika mengeluarkan kenyataan, seseorang mungkin akan ditangkap.
“Justeru, rakyat Sabah tidak akan memperoleh autonomi atau kuasa sepenuhnya ke atas negeri ini kerana pemimpin-pemimpin ini tidak berkuasa,” katanya semasa majlis bersama 500 bekas ahli MCA Kepayan yang menyertai Warisan malam tadi.
Shafie kemudiannya memetik siasatan rasuah yang berjalan terhadapnya dan tindakan digantung daripada Umno adalah bukti parti berasaskan kaum Melayu itu sanggup lakukan terhadap sebarang bangkangan dan kepada mereka yang mengkritik Najib.
“Ia tidak mudah bagi kita rakyat Sabah. Seseorang mungkin boleh menjadi menteri persekutuan atau naib presiden Umno, seperti saya dahulu.
“Tetapi kadang-kala saya merasakan pemimpin-pemimpin di Semenanjung Malaysia berpendapat hanya mereka yang boleh mentadbir negara ini, manakala rakyat Sabah tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya.
Shafie berkata ini adalah punca beliau meninggalkan Umno tahun lalu untuk membentuk Warisan dalam usaha menggembalikan pentadbiran parti Sabah sendiri, seperti Sarawak yang dikawal oleh parti tempatan.
“Tiada orang luar yang mempunyai kawalan penuh ke atas pemimpin Sarawak, dan ketua menteri mempunyai kedudukan sama dengan presiden Umno,” katanya.
Shafie berkata slogan “Sabah untuk Sabah” tidak bertujuan untuk menghasut kebencian di kalangan rakyat Malaysia, dan bukan gesaan agar Sabah untuk keluar dari Malaysia.
Sebaliknya, slogan itu bertujuan untuk menyatukan orang-orang yang percaya rakyat Sabah perlu diberi peluang menyatakan pandangan dalam perkara melibatkan hal negeri.
– https://www.themalaysianinsight.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.