`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 20, 2017

Untuk Perhatian Lembaga Hasil Dalam Negeri : Ostard Wal Retard Yang Tidak Bayar Cukai

Image result for pembayar cukai pendapatanImage result for menjalankan kelas pengajian Al-Quran di kapal terbang

The following was written by Farouk Peru in March 2017 in Free Malaysia Today.  Reproduced in msn news here.    My comments 'untuk perhatian LHDN' are at the bottom.


Industri agama untuk orang kaya Islam

Oleh  Farouk A. Peru
 
1/3/2017

Bila saya memikirkannya, kenapa saya patut terkejut? Saya dikongsikan sebuah video memaparkan seorang wanita Islam menjalankan kelas pengajian Al-Quran di langit.

(OSTB : Kenapa tak buat kelas underwater pula? Mungkin lain kali saja lah).

Dia dan beberapa rakan lain menaiki sebuah kapal terbang persendirian dan menceritakan tentang program mereka: berlepas ke awan biru sambil mengadakan kelas mengaji Al-Quran.

Wanita ini mengundang orang ramai yang “mampu” untuk bersamanya. Dan pelanggan yang sudah ada 100 mata markah penerbangan boleh mendapat pengalaman ini dengan percuma!

Adakah perkhidmatan mengajar mengaji Al-Quran ini satu perkhidmatan yang percuma yang diberi kepada segenap lapisan masyarakat? Ia menelan belanja yang banyak.

Sebenarnya, perkhidmatan yang bercirikan agama bukanlah perkara baru. Semasa zaman remaja, saya pernah menghadiri kursus ibadah haji diajar ustaz yang agak terkenal.

Ustaz ini membawa bakal haji ke Mekah dan memberi perkhidmatan ala “tour guide” dan juga tukang baca doa. Kerana kepakarannya dalam ilmu Islam, peluang mendapat haji mabrur (iaitu haji yang diterima Allah) dijamin.

Ini bukan perkhidmatan percuma dan hanya untuk mereka yang sanggup membayar beribu-ribu ringgit di atas kos haji sendiri.

Jika anda terpaksa mengumpul duit berdekad-dekad untuk menunaikan ibadat haji, memang anda tak mampu membeli haji mabrur!

Itu dulu. Kini, ada pula pakej pelayaran Islam. Pakej ini bernilai antara RM3,000 dan RM4,500 setiap orang. Banyak aktiviti Islam yang dijalankan, termasuk sesi soal jawab agama dengan ustaz “selebriti”.

Inilah secebis kisah daripada industri agama di Malaysia. Kalau dulu ustaz mengajar dari rumah mereka, mempunyai kerja tetap dan mengajar agama secara sambilan tanpa bayaran (seperti dipaparkan karya Lat “Kampong Boy”), sekarang ini pula mereka membahagi-bahagikan murid mereka mengikut kelas sosio-ekonomi.

Adakah ini akan membawa peningkatan dalam penghayatan Islam?

Bagi saya, apabila wang ringgit menjadi faktor penyebaran Islam, nilai kerohaniannya akan menurun.

Mana tidaknya, yang mampu menjadi penumpang jet mewah untuk mengaji Al-Quran bukanlah orang sebarangan. Kalaupun mereka memberi konsesi untuk orang yang tidak mampu, bukankah sumber ini lebih baik dibelanjakan dengan memberi pendidikan percuma untuk lebih ramai orang?

Jika kos untuk seorang menaiki kapal terbang ialah RM5,000, duit ini lebih baik dibelanjakan untuk mengajar 100 orang dengan bayaran RM50 seorang. Strategi ini akan lebih efektif kepada umat Islam daripada pembaziran di atas pesawat peribadi.

Apakah semangat Islam yang sebenarnya? Elok kita membaca Al-Quran untuk mendapat jawapan.

Perhatikan ayat 1-10 dalam Surah ‘Abasa. Dalam pasej ini, hikmah yang boleh kita ambil ialah, kita tidak membelakangkan sesiapa pun dalam penyebaran ilmu. Setiap orang mempunyai potensi menjadi insan yang baik. Kemampuannya dari segi sosio-ekonomi tidak harus menjadi penghalang disampaikan ilmu itu.

Dalam ayat ini, Nabi sendiri ditegur kerana bermasam muka dan berpaling daripada seorang buta, ketika baginda sibuk berbincang dengan pembesar lain.

Apabila dalam pengalaman Islam kita ada faktor sosio-ekonomi, maka semangat kesamaan itu akan luput. Al-Quran beberapa kali menyuruh Nabi sendiri untuk tidak meminta ganjaran daripada umatnya (36:21, 6:89). Jika perbuatan Nabi patut dijadikan tauladan, maka mengapa agamawan menolak sunnah ini? Bukankah mereka yang menyanjung tinggi Sunnah Nabi?

Tiada bekalan tanpa permintaan, begitulah hukum ekonomi. Jika umat Islam tidak meminta perkhidmatan sedemikian, maka penjaja agama Islam tidak dapat mewujudkan bekalan tersebut.

Hakikatnya, umat Islam lebih suka kepada pengalaman yang lebih glamour walaupun ia bersifat dangkal. Contohnya, mereka lebih rela membayar beribu ringgit untuk menaiki kapal terbang dan belajar mengaji daripada belajar Al-Quran dan intipati mesejnya.

Sumber kewangan mereka dibelanjakan ke arah ini walaupun ada rakyat Malaysia yang serba kekurangan. Lebih baik kita berbelanja ke arah yang lebih diredha Allah, seperti menolong anak yatim dan fakir miskin. Itulah tuntutan Al-Quran yang sebenarnya.

My comments :  Bukankah dalam negara kita ada terlalu ramai orang yang graduate daripada universiti khas untuk 'slow learners'. Jadi apabila orang masih bodoh begini, maka akan datanglah slow learners lain yang sedikit lebih cerdik daripada mereka yang akan menipu duit dan harta benda mereka.  Inilah yang berlaku dengan kelas Quran atas awan, kelas mengaji underwater, kelas wirid tutup lampu, kursus kahiwn di Paris dan penipuan lain bagi masyarakat yang kurang cerdik dan kurang intelligent. 

Tapi yang saya nak tanya adalah soalan khusus kepada ketua Pengarah LHDN, pasti beliau juga daripada golongan slow learners.

Soalan saya adalah berapa ramai kah "usahawan agama" seperti ostard-ostard glamour, ostard Ferrari yang mukanya juga keluar dalam video lucah, ostard TV, ostard bela jin (yang sudah mati di Amerika itu), ostard party pas-pis-pus dan sebagainya yang membayar cukai kepada LHDN/

Kita dengar berita berkenaan ostard pas-pis-pus yang telah membeli rumah banglo nilainya RM3 Juta di Bangi. Soalan saya ialah apakah ostard-ostard ini pernah bayar cukai atas pendapatan mereka? Atau do they even have an Income Tax file.

Berapa banyak kah hasil yang telah dikutip oleh LHDN daripada ostard bela jin yang telah mati itu?

Saya pernah lihat ostard jin itu duduk dalam  1st Class dalam penerbangan MAS. Pada kali yang lain saya pernah lihat dia belanja satu kumpula manusia (lebih 15 orang) makan malam di sebuah resoran Brazil di Damansara, harganya RM110 satu kepala sekarang.  Dia duduk dalam rumah banglo besar dan mempunyai kereta mewah. Soalannya berapa banyakkah kutipan cukai daripada golongan ostard mewah ini?  Or do they even have an Income Tax File number?

Bagaimana pula dengan Ostard Ferrari yang pernah keluar mukanya dalam video lucah. Does he have an Income Tax File Number? Kalau tak ada, kenapa tidak ada? 

Kalau LHDN tidak mengutip cukai daripada golongan ostard wal retard yang hidup mewah ini, soalannya kenapa mereka boleh dikecualikan daripada membayar cukai?

Bagaimana pula ostard glamour yang keluar dalam TV, dengan memakai celak dan baju gaun macam style wanita juga.  Mereka semua ostard lumayan,  yuran lumayan, dapat duit iklan, dapat duit komisyen jadi penganjur, "sewa" muka dan nama mereka untuk pakej umrah, untuk halal cruise dan sebagainya.

Berapa ramaikah daripada ostard seperti ini YANG BUKAN PEMBAYAR CUKAI? ATAU TUDAK MEMPUNYAI INCOME TAX FILE NUMBER?

Kenapakah golongan ostard dan "usahawan jual agama" ini dikecualikan daripada membayar cukai? 

Sila jawab dengan jujur dan tepat. 

Bila BN kalah pilihanraya nanti, kemungkinan besar Ketua Pengarah LHDN akan terpaksa menjawab soalan-soalan sebegini kepada pemerintah baru.

Mana tahu, mungkin saya akan kepalai jawatankuasa menyiasat  "kecundang"  LHDN.

Ini Malaysia brader. Malaysia Boleh. You never know what will happen in Malaysia tomorrow. Elok semak fail dan sediakan penjelasan yang munasabah. Kalau tidak nanti kena transfer pergi ke Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.