`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 26, 2017

Wanita Islam tak boleh bergambar di kedai bukan Islam, kata Azhar Idrus

a man wearing glasses: azhar-idrus-ambil-gambar-islam© Provided by MToday News Sdn Bhd azhar-idrus-ambil-gambar-islamPETALING JAYA: Penceramah agama popular, Azhar Idrus melarang wanita Islam mengambil gambar di kedai foto milik orang bukan Islam.
Azhar berkata kaum lelaki seboleh-bolehnya perlu menghalang gambar anak dan isteri mereka berada di tangan orang bukan Islam untuk menjaga batasan syarak.
“Gambar orang perempuan, anak dara kita, isteri kita, jangan bagi duduk pada tangan orang kafir. Yang lepas-lepas hendak buat macam mana. Yang akan datang jangan ambil gambar di kedai orang kafir,” katanya dalam artikel soal-jawab agama diterbitkan portal rasmi PAS, Harakahdaily, semalam.
“Jangan ambil gambar di kedai orang kafir kerana tidak mulia,” katanya.
Beliau berkata demikian apabila ditanya hukum menyimpan gambar perempuan yang bukan mahram dalam apa juga bentuk.
Katanya, zaman sekarang lelaki dan wanita bukan mahram berkongsi gambar melalui media sosial semata-mata untuk berseronok.
Perbuatan itu juga, katanya, akan menjurus kepada zina kerana bermula daripada menatap gambar, kemudian melahirkan perasan rindu dan seterusnya mengadakan pertemuan.
Azhar berkata pengecualian diberikan kepada majikan untuk menyimpan gambar pekerja wanita Islam.
Azhar juga menganggap haram untuk seseorang gadis Islam berkenalan dengan lelaki Islam, sebaliknya berkata mereka hanya boleh berkawan dengan wanita.
“Kawan sama-sama perempuan tidak apa. Carilah kawan sama-sama perempuan, biar sampai ke hujung dunia, sampai ke Amerika, Kanada, tiada hal, sama-sama perempuan, dengan kafir pun boleh. Dengan orang laki-laki tidak boleh juga, melainkan niat hendak bernikah.
Katanya, pertemuan wanita dan lelaki juga harus mempunyai batas sebelum bernikah.
“Tapi bila niat hendak bernikah, tidak boleh berjumpa di tepi-tepi jalan macam itu. Kena di rumah sahaja, kemudian ditemani oleh mahram,” katanya yang menambah sesetengah ulama tidak membenarkan perjumpaan sedemikian melainkan mahram menjadi “orang tengah” jika pasangan itu mahu kirimkan sesuatu.

1 comment:

  1. Apa la bodoh ko nie...keji nyer ko ni...Non Muslim nampak lg suci dr ko la...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.