`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 6, 2017

Wanita Umno isytihar perang, pastikan Najib kekal di Putrajaya

Shahrizat Abdul Jalil juga memberi pilihan sama ada memilih Najib yang memiliki rekod cemerlang atau DAP yang akan menindas bangsa Melayu pada PRU14.
shahrizat2KUALA LUMPUR: Wanita Umno mengisytiharkan perang bagi memastikan parti Melayu itu kekal memerintah Putrajaya dan tidak dirampas pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, PRU14 merupakan jihad buat Wanita Umno agar Malaysia terus dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai rekod cemerlang.
“Di hadapan kita musuh yang menggila, ini perang yang bukan kepalang, ini sumpah seorang pejuang. Ini perang yang mesti menang, kita tegakkan panji keramat. Kita perang demi maruah, kita perang demi bangsa kita perang mesti menang.
“Ini amaran Wanita, sekali anak bangsa kami disentuh, siang malam Wanita rempuh. Sekali Wanita perang, jangan siapa berani halang. Sekali Wanita perang, semua petualang mesti kecundang.
“Ini perang mesti menang wahai ibu terbaik bangsa, gendang perang sudah dipalu, seruan jihad gegar berseru, pilihan kita hanya satu. Perang mesti menang,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan dasar Pergerakan Wanita Umno di Perhimpunan Agung Umno ke-17 di PWTC, hari ini.
Mengulas lanjut, Shahrizat juga memberikan kata dua kepada Wanita Umno sama ada memilih pemimpin yang sudah diketahui secara fakta dan angka memiliki rekod cemerlang atau pemimpin yang akan menindas bangsa Melayu.
“Kali ini rakyat terpaksa hadapi kata dua, pilihlah wahai rakyat. Pilihlah di antara dua. Satu kanan, kerajaan parti yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak dan saf kepimpinan Barisan Nasional (BN). Kita kenal hati budi, rekod pencapaian Najib.
“Jika kiri, pilihlah kerajaan yang dikemudikan DAP. Sanggupkah rakyat Malaysia serah bulat-bulat negara yang kita bina sekian lama kepada pemimpin ‘cauvanist’. Pemimpin yang agendanya membimbangkan kita semua.
“Hanya 2 pilihan, kerajaan dipimpin Najib, melalui BN atau pembangkang yang akan dipimpin Lim Kit Siang. Sanggupkah kita lihat ia berlaku?” katanya.
Shahrizat turut memetik nama isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menurutnya menjadi pendorong kepada kewujudan Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
“Wanita juga berbangga, kerana Rosmah yang mendorong kepada kewujudan Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
“Seterusnya usaha penubuhan mahkamah Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak diwujudkan. Ini juga satu tanda bakti yang akan terus dikenang,” katanya. -FMT

1 comment:

  1. Saya melayu kerja dan tinggal di pulau pinang tidak kena tindas pun.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.