`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, July 9, 2018

Hanipa Maidin kini stabil di Hospital Putrajaya

Pegawai medianya berkata doktor masih membuat pemeriksaan mengenai punca beliau rebah dan akan maklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.
Hanipa Maidin hari ini rebah ketika hadir buat pertama kali di perhimpunan bulanan bersama perdana menteri di Dataran Perdana. (Gambar Facebook)
PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mohamed Hanipa Maidin yang pengsan pada perjumpaan perdana menteri bersama warga JPM pagi tadi, telah sedar dan berada dalam keadaan stabil.
Pegawai medianya Anas As-Said Zaharuddin ketika dihubungi Bernama berkata Mohamed Hanipa, 49, masih menjalani rawatan di Hospital Putrajaya.
“Doktor masih membuat pemeriksaan mengenai punca beliau rebah. Saya akan maklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya.
Anas As-Said turut memohon kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi berkenaan keadaan kesihatan Hanipa.
Dalam kejadian pada kira-kira 8.40 pagi tadi, keadaan bertukar kecoh ketika Tun Dr Mahathihr sedang berucap apabila Hanipa yang berdiri paling kanan dalam barisan menteri dan timbalan menteri JPM, tiba-tiba jatuh daripada pentas.
Ahli Parlimen Sepang itu terus diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Hanipa yang bertanggungjawab dalam undang-undang adalah antara 3 timbalan menteri di JPM yang baharu mengangkat sumpah pada 2 Julai lepas.
Pada 4 April 2016, Hanipa pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila didapati pengsan ketika persidangan Dewan Rakyat.
Menurut laporan media, Hanipa menjalani pembedahan selepas kejadian itu berikutan pendarahan otak akibat tekanan darah tinggi. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.