`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 4, 2018

8 suspek rusuhan kuil didakwa hari ini

Keadaan suspek sejurus tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
PETALING JAYA: Suspek rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini untuk proses pendakwaan.
Seramai 8 suspek akan didakwa atas pelbagai kesalahan, manakala selebihnya dipercayai akan disambung reman.
Mereka tiba kira-kira jam 11.25 pagi dikawal ketat anggota polis.
Difahamkan 5 daripadanya akan didakwa di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, 1 di bawah Sekyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987, sementara 2 lagi masing-masing di bawah Seksyen 151 Kanun Keseksaan (perhimpunan haram) dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Hadir sama ialah ahli keluarga suspek yang menunggu sejak jam 7.00 pagi di perkarangan mahkamah.
Turut kelihatan, Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk C Sivarraajh dan Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan.
Semalam, beberapa suspek yang ditahan dibawa ke lokasi kejadian.
Sekumpulan lelaki yang memakai baju lokap itu tiba di lokasi jam 12.45 tengah hari semalam dengan menaiki sebuah bas serta diiring anggota polis trafik.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, polis sudah menahan seramai 58 individu terdiri daripada 18 individu bangsa India, 2 Cina dan 38 Melayu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Kejadian yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa minggu lalu dipercayai berpunca akibat perbalahan mengenai perpindahan kuil ke tapak baru hingga menyebabkan kecederaan parah kepada seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
Rusuhan itu juga menyebabkan seorang anggota polis cedera, 23 kenderaan dibakar perusuh dan kerosakan pada sebuah bangunan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.