Sudah tentu, Kita juga mendengar cerita lain dari puak liberal muslim seperti anak-anak dan cucu Tun Dr Mahathir Mohamad dan sebagainya. Apabila anda mendengar dari melayu yang mempunyai wang yang sampai 10 keturunan pun tidak habis, mereka akan “sing a different song”. Tetapi majoriti melayu di Malaysia ini hanya mahu mereka dibiarkan bersendirian dan tidak diganggu untuk mengamalkan kepercayaan agama mereka tanpa diberitahu atau ditunjuk oleh mereka yang bukan beragama Islam bagaimana Islam itu harus diamalkan atau dipanggil “racists” dan “extremist” hanya kerana mereka percaya pada Al-Quran.
Raja Petra Kamarudin
Mengapa orang bukan Melayu dan bukan Islam, dan sesetengah Melayu Muslim liberal, mahukan Malaysia meratifikasi International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD)?
Mereka berkata sebabnya adalah kerana Malaysia mengamalkan “state-sponsored racism and discrimination of non-Malays/non-Muslims” seperti mana Nazi German pernah lakukan. Ada juga yang memanggil Dasar Ekonomi Malaysia (DEB) seumpama apartheid.
Jadi, apa yang mereka mahukan? Apa yang mereka harapkan untuk melihat jika Malaysia meratifikasikan ICERD?
Mereka mengatakan bahawa mereka mahukan hak kesamarataan untuk semua kaum dan agama dan juga kebebasan untuk memilih.
Apa kesamarataan yang mereka maksudkan dan seluas mana kebebasan yang mereka hendak?
Mereka tidak memberitahu dengan terperinci, tetapi jika Malaysia mahu menjadi satu negara yang ‘bertamadun’ dan bukan lagi dianggap sebagai negara dunia ketiga, kita perlu melihat negara Perancis sebagai contoh.
Di Perancis, anda mempunyai kebebasan untuk menghina Islam dan Nabi Muhammad
Kenapa Perancis? Pada tahun 1700an, Perancis menghapuskan kerajaan beraja yang menindas dan tidak demokratik dan menukar menjadi sebuah negara republic. Pada awal 1800an, Perancis juga menyingkirkan gereja dan agama dan negara itu telah bertukar menjadi negara sekular.
Hari ini, kebebasan di Perancis meluas sehinggakan anda boleh menghina Nabi Muhammad dalam bentuk kartun manakala jika anda mempermainkan “Jewish holocaust” anda akan ditangkap dan dimasukkan kedalam penjara (minoriti seperti seperti yahudi menerima perlindungan tahap tertinggi di Perancis)
Dan perkara inilah yang ingin dilihat oleh Cina, India dan Melayu liberal berlaku di Malaysia. Mereka menegaskan bahawa apabila Malaya menjadi bebas atau merdeka pada tahun 1957, Malaya akan berubah untuk menjadi sebuah negara sekular. Malaysia bukanlah Negara Islam dengan undang-undang Syariah sebagai Undang-undang rasmi Negara.
Sudah tentu, “equality for all means equal before the law”, jadi tidak boleh ada undang-undang yang berasingan untuk umat Islam sementara orang bukan Islam menikmati pengeculian dari undang-undang tersebut. Ianya tidak adil terhadap orang Islam yang dihukum kerana perbuatan-perbuatan yang menurut didalam Al-Qur’an adalah jenayah manakala orang yang bukan Islam boleh melakukan apa saja yang mereka suka.
Kebebasan untuk memilih seperti negara Perancis adalah sangat luas. Ianya seperti samada anda mengandung ataupun anda tidak mengandung. Tidak ada istilah sebagai mengandung sedikit. Oleh itu, ini termasuk banyak perkara seperti melukis kartun yang mengejek agama, menjadi “atheist”, memasuki kesatuan gay dan banyak lagi. Ia bukan lagi membuat garisan dan tidak mempunyai sempadan. Kebebasan untuk menjadi ‘tidak senonoh’ akan menjadi hak anda dibawah perlembagaan.
Orang Melayu hanya tidak mahu diganggu dan tidak diberitahu oleh orang bukan Islam bagaimana Islam harus diamalkan atau diberitahu bahawa Islam ini tidak bertamadun dan “barbaric”
Kesamarataan dan kebebasan adalah besar dan meluas. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak sedar tentangnya. Mereka fikir yang yang mereka boleh memetik apa yang sesuai dan membuang apa yang tidak sesuai. Ini tidak akan berlaku. Seperti yang diketahui oleh Amerika, hak untuk memiliki senjata adalah dijamin oleh perlembagaan tetapi akibatnya boleh menjadi sangat merosakkan.
Sudah tentu, kita juga mendengar cerita lain dari puak Muslim liberal seperti anak-anak dan cucu Tun Dr Mahathir Mohamad dan sebagainya. Apabila anda mendengar dari Melayu yang mempunyai wang yang sampai 10 keturunan pun tidak habis, mereka akan “sing a different song”. Tetapi majoriti Melayu di Malaysia ini hanya mahu mereka tidak diganggu untuk mengamalkan kepercayaan agama mereka tanpa diberitahu atau ditunjuk oleh mereka yang bukan beragama Islam bagaimana Islam itu harus diamalkan atau dipanggil “racists” dan “extremist” hanya kerana mereka percaya pada Al-Quran.
Bagaimanapun, jika Cina dan India betul-betul merasakan mereka ini ditindas, mungkin mereka patut melihat laporan ini mengenai bagaimana Cina melayan umat Islam di negara Cina. Sudah pasti kaum minoriti di Malaysia ini tidak mengalami nasib yang sama seperti mereka. Jadi, mereka sepatut berhenti menggembar-gemburkan dengan memberitahu media antarabangsa tentang penderitaan mereka di Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.