`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 3, 2018

Dis 2, Dis 8 - Melayu Kaya Kaldaikan Melayu Miskin

Berikut adalah berita yang langsung tidak mengejutkan.  

Ini adalah berita Tabung Haji "memalsukan akaun" untuk menipu penabung bahawa duit simpanan mereka selamat, halal dan toyyiban. 




Tabung Haji palsukan akaun untuk tunjuk prestasi baik 
untuk bayar dividen 6.25% menjelang PRU 14 sudah dibuat

Tabung Haji "palsukan akaun tahun lalu untuk bayar dividen"
Dividen RM2.7b - dari keuntungan RM2.8 bilion - dibayar tiga bulan sebelum PRU 

RM4b kurang daripada RM64b dimasukkan pendeposit

(OSTB :  RM4 BILLION HILANG!!)

lembaga pengarah TH buat laporan polis 
RM22 disalahgunakan untuk tujuan politik

bukan kali pertama kebimbangan Tabung Haji timbul
2016 Tabung Haji kurang aset RM3b berbanding deposit

My comments :  Habis jika semua sembilan juta penabung Tabung Haji minta keluarkan wang tabung mereka, Tabung Haji akan terpaksa bungkus.  

Sebab sekarang ini Tabung Haji tidak cukup wang tunai untuk memulangkan duit semua sembilan juta ahli. 

Tambah lagi TH kekurangan RM4 billion aset. Maksudnya RM4 billion duit penabung yang patut berada dalam amanah Tabung Haji sudah hilang. Entah pergi ke mana.  

RM4 BILLION SUDAH GHAIB. 

Ya-aiyyuhallazi-na Penabung Tabung Haji, perlulah kamu beriman dengan yang GHAIB.

Gambar berikut sudah lama viral. Orang dalam gambar ini bukan cerdik atau pandai pun.  Dia mengambil kekuatan daripada 'kebodohan' tuan-tuan. Itu saja.  When you are stupid, depa jadi kaya. 



Lakonan sami Tabung Haji 


Ini dia satu lagi gambar viral yang saya terima daripada seorang sahabat 'pembaca Quran' di Kota Bharu.  



Saya setuju dan tidak setuju dengan gambar di atas.  

Pada masa Dr Mahathir jadi Perdana Menteri selama 22 tahun,  tidak ada masalah pun dengan Tabung Haji atau Felda atau Khazanah Nasional. Melayu juga yang jaga.

Tabung Haji dan Felda telah menjadi gergasi taraf dunia pada waktu pemerintahan Tun Dr Mahathir.  Bangunan Tabung Haji yang begitu megah dan indah di dirikan semasa pemerintahan Dr Mahathir.  Begitu juga Felda jadi gergasi dunia dan tidak perlu minta duit daripada kerajaan. Felda menjadi independent. 

Jadi tidak betul menuduh  'Melayu Mampos' atas sebab Melayu yang memerintah.

Yang menjadi masalah adalah Melayu penipu dan pencuri yang menduduki beberapa parti politik dan NGO "pejuang Melayu".  

Juga Melayu kroni dan tali barut yang telah menjadi kaya raya sebagai macai dan kadam kumpulan penipu dan pencuri.

Inilah Melayu parti politik, Melayu 'pembesar agama' dan Melayu kroni yang pandai sikit daripada Melayu marhaen.  Mereka sudah jadi kaya.

Melayu kaya ini telah 'merasai' kemanisan duit yang mereka "dapat terpijak". 
Mereka sangat ketagih duit  yang  'jatuh dari langit'.    
Duit percuma yang mempunyai kuasa ketagihan yang melebihi pil kuda. 

Masalahnya - duit itu duit tuan-tuan. 
Mereka kaya daripada duit tuan-tuan.  
Sebab tuan-tuan kurang cerdik. 

Jadi sekarang telah dirancang perhimpunan 2hb Disember (semalam) dan perhimpunan 8hb Disember.  

Tujuan perhimpunan itu senang saja - untuk Melayu kaya terus kaldaikan Melayu miskin.   

Bagi tujuan Melayu 'pembesar', kroni dan tok guru konon  terus kaldaikan Melayu yang kurang peka. 

Mereka akan membuaikan tuan-tuan dengan nyanyian lagu "agama, bangsa dan negara".  Sikitnya modal mereka. Bermodalkan air liur sahaja.  

Ini ada sedikit soalan bagi tuan-tuan : Cuba tuan-tuan perhatikan diri dan mengukur keadaan tuan-tuan sebelum dan selepas mendengar ucapan pendekar-pendekar tangan api ini. BEFORE and AFTER.  

Ada apa-apa perbezaan tak? Is there any difference? 
Saya rasa tidak ada dan tidak akan ada sebarang perbezaan. 
Hasutan mereka bukan untuk membina.
Mereka akan memekik dan melolong  untuk menjaga kocek dan kedudukan mereka.


Dalam gambar berikut (yang juga sudah jadi viral)  wajah-wajah di sini adalah penyokong tegar Najib Tun Razak - pencuri dan penipu yang menjadi bahan ketawa seluruh dunia sebab kebodohannya. 




Dalam gambar ini mereka cuba mengalih kemarahan orang Melayu daripada penyebab utama kedhaifan mereka dengan menyalahkan DAP sebagai punca semua masalah orang Melayu.  

Taktik simple seperti ini hanya boleh berlaku apabila pendengarnya adalah tidak cerdik.  

Sebab penyebab utama kedhaifan orang Melayu adalah pemimpin penipu mereka sendiri.  Bukan Cina, bukan Yahudi, bukan Jepun dan bukan Korea.  

Tetapi inilah yang sebenarnya berlaku dalam negara kita sejak 15 tahun yang sudah. Melayu yang cerdik sikit, yang telah belajar di universiti, menjadi kepala kerajaan, menjadi kepala balut agamawan dan sebagainya faham dengan begitu mendalam bagaimana mudahnya untuk menipu Melayu marhaen. Begitu mudah untuk manipulasi otak Melayu. 

It is so easy and so simple to fool the Malays. Unbelievably easy.

Soalannya : Sampai bila?  Sampai bilakah orang Melayu akan terus dibawa-bawa, ditarik ke sini dan ke sana (macam kerbau dicucuk hidung) oleh pemimpin pencuri dan tok guru rakan sejahatnya ?

Yang sedihnya, di mana pula orang Melayu boleh mendapat bantuan dan petunjuk kepada yang benar?  

Pintu mana satu yang diketuk dalam kegelapan malam ribut akan dibuka oleh jiran yang jujur dan baik? Yang akan menjadi penolong dan bukan pemangsa Dracula? 



Fahamlah. Please try to understand.
Rumah kita banyak masalah.
Jangan pula nak bakar rumah jiran.
Tidak ada kena mengena.  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.