`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 25, 2019

Agama saya larang sengaja mengintip cari keburukan orang — Tun Mahathir

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir mengulas tentang isu video seks dalam tulisan di blognya mengingatkan bahawa agama Islam melarang sengaja mengintip mencari keburukan orang.

Tun M



"Agama saya melarang sengaja mengintip mencari keburukan orang. Apa yang dilakukan lebih buruk dari mengintip," tulisnya.

Menurut Tun Mahathir, video seks yang dibuat dan diviralkan itu jelas untuk tujuan politik. Khusus untuk menghalang kejayaan politik individu tertentu.

Menurutnya, pihak yang menyebarkan video itu mahu beliau menyingkirkan individu yang disasar menggunakan kuasa yang ada padanya.

"Tindakan ini boleh diambil oleh saya kerana saya berkuasa."

Namun katanya beliau enggan diperalatkan.

"Apabila saya ambil tindakan ini maka berjayalah pihak yang merancang perbuatan jahat ini," 

"Saya tidak sanggup diperalatkan. Jauh sekali oleh perancang yang berniat jahat dan mengguna politik kotor," tulisnya.

Tambahnya lagi, perkara itu merupakan masaalah politik, maka ia akan ditangani sebagai isu politik.

"Ini bukan isu moral. Ini adalah masalah politik. Ia akan ditangani sebagai isu politik."

Sumber — milosuami

1 comment:

  1. Tengok perangai anak perempuan dan cucu2 Madey cukup lah.Lepas tu fikit cakap Madey ni bolih pakai atau tidak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.