`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, July 7, 2019

Dulu saya boleh jadi PM, tapi saya tolak ‘kezaliman’, kata Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim.© Provided by FMT MEDIA SDN BHD Presiden PKR Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Presiden PKR Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada ahli parti bahawa perjanjian antara komponen Pakatan Harapan (PH) berhubung pelantikan beliau sebagai perdana menteri ke-8 tidak berubah.
“Beri ruang kepada Dr Mahathir Mohamad sementara dia jadi perdana menteri. Janji dalam Pakatan Harapan tak ada sikit pun yang berubah,” katanya dalam ucapan di majlis Aidilfitri bekas pimpinan Pemuda PKR di Restoran D’Saji malam tadi.
Hadir sama, Naib Presiden Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Mengulas lanjut, Anwar memberitahu hampir 300 bekas pimpinan Pemuda PKR bahawa beliau bukanlah orang yang sanggup apa sahaja untuk menjadi perdana menteri seperti yang dianggap sesetengah pihak.
“Kalau betul saya sanggup, saya dah jadi perdana menteri pada 1998 atau 2000,” katanya, tetapi “saya tak sanggup bertolak-ansur dengan kerakusan dan kezaliman.”
Anwar dipecat daripada jemaah menteri pada September 1998, ketika Mahathir menjadi perdana menteri ke-4, dan pemecatannya melancarkan gerakan “reformasi” terhadap Barisan Nasional.
Kira-kira 18 tahun kemudian, Mahathir mengasaskan PPBM pada September 2016 dan bersama PKR, DAP dan Amanah menewaskan BN pada pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018.
Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, keempat-empat parti itu sudah menentukan garis masa Mahathir menyerahkan kuasa kepada Anwar sebelum pilihan raya.
Perkara itu dimaklumkan kepada pemberita selepas kumpulan aktivis reformasi, Otai Reformasi, bulan lalu menggesa Mahathir menetapkan suatu tarikh untuk serahan jawatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.