`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, July 26, 2019

Kertas cadangan elaun anggota bomba diserah kepada Agong, kata Zuraida

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin amat berharap cadangan pemberian elaun kritikal anggota bomba dapat direalisasikan tahun ini.
IPOH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyerahkan kertas cadangan ringkas mengenai elaun kritikal anggota bomba, kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata, dengan usaha itu, beliau amat berharap cadangan pemberian elaun tersebut dapat direalisasikan tahun ini.
“Kalau dapat Agong berikan sedikit kata-kata kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya dapat diluluskan tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Ipoh di sini, hari ini.
Semasa sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019 di Dataran Merdeka 20 Julai lalu, Zuraida berkata Sultan Abdullah menitahkan supaya satu kertas ringkas mengenai elaun itu, dibentangkan kepadanya.
Pada 8 Julai, Zuraida berkata, pemberian elaun kritikal sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tidak dapat dilaksanakan tahun ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.