`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 21, 2019

Melayu “Lama” Lawan Melayu “Baru”

Dialog diantara atuk dengan cucunya semasa mereka balik kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan baru-baru ni.

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Apa benda yang engkau orang kecoh sangat kat bandar tu? Tak habis-habis lagi ke bergaduh? Tak sampai setahun kahwin dah nak cerai. Engkau orang nak apa lagi? Apa yang tak puas hati sangat ni? Atuk tak pahamlah!
Bukan, tok. Yang sebenarnya banyak janji-janji pilihan raya belum lagi ditunaikan.
Benda dah memang tak boleh tunai pun. Itu semuakan gula-gula politik. Mereka nak dapatkan undi kita, mereka taburlah janji-janji manis untuk kita. Jangankan bulan dan bintang, langit pun dia boleh bagi hanya nak dapatkan undi kita. Tapi, apa kena mengena dengan si Azmin tibai bontot si Haziq pulak?
Itu pun satu lagi isu tok. Ketua Polis Negara kata rakaman tu sah, tapi tak boleh kesan siapa dalam rakaman tersebut, tapi mati-mati dia sahkan individu tu bukan Azmin. Macam mana dia tahu bukan Azmin sedangkan dia tak boleh kesan siapa dalam rakaman tersebut? Lepas tu dia kata ini satu konspirasi yang evil. Memanglah konspirasi yang evil. Takkan konspirasi yang suci pulak? Cakap pun tak betul. Nampak sangat nak lindung si Azmin tu.
Kan engkau orang dah tahu yang si Azmin dengan si Anwar memang dah lama bercinta? Semenjak tahun 1998 lagi kita semua dah tahu kan yang Anwar dan Azmin tu menjalinkan hubungan sejenis. Sampaikan Wan Azizah pun cemburu dimadukan oleh Anwar, kalau madu perempuan takpa jugak, ni madu dia pula lelaki. Jadi apa yang nak dihairankan pulak? Benda ni bukannya benda baru. Yang polis sekarang ni pula bagi tumpuan kepada pembuat rakaman tersebut. Langsung tak ambil kisah pada pelakon dalam rakaman tu. Kau ingat polis tak tahu siapa Azmin ke?
Ialah, tok. Tapi sebelum ni takda bukti. Sekarang ni dah ada bukti. Jadi sekarang polis bolehlah ambil tindakan.
Sejak bila pulak engaku orang perlu bukti? Yang engkau orang fitnah Najib tu ada bukti ke? Betina mat saleh yang duduk di UK tu tulis cerita dongeng engkau orang boleh percaya bulat-bulat pulak. Bukti satu pun takde. Sekarang engkau orang nak cerita pasal bukti pulak.
Tapi, tok, bukan semua dia orang tuduh tu tidak berasas.
Yang betina mat saleh tu tuduh PAS terima RM90 juta ada asas ke? Katanya ada sekeping cek RM90 juta pulak tu. Mana bukti dia?
Ialah, tok. Yang tu memanglah fitnah.
Jadi, engkau orang dah tahu betina mat saleh tu kuat fitnah, yang engkau orang masih percaya dia lagi tu buat apa?
Tapi cerita Azmin ni bukan fitnah, tok.
Kalau betul bukan fitnah kenapa dia belum di tangkap? Dia bukannya menyorok atau melarikan diri pun, dia siap buat majlis doa selamat lagi ahad ni kat rumah dia.
Itulah yang kami tak puas hati dan sekarang ni jadi kecoh.
Engkau ni cacat otak ke apa? Buat perabis duit je hantar kau ke universiti. Sejak bila pula kat Malaysia ni orang kena tangkap sebab melakukan jenayah? Mereka hanya kena tangkap bila tak sebulu dengan pemimpin politik. Kau cuba tenguk apa Mahathir lakukan semenjak tahun 80an lagi. Dulu sebelum pilihan raya bukan main dia cakap macam-macam. Dah menang pilihan raya lain pula dicakapnya.
Itu lain, tok.
Lain apa? Engkau dah lupa ke? MAMINCO, bankrap. MAKUWASA, bankrap. PERWAJA, bankrap. BMF, bankrap. Bank Negara, rugi RM31.5 bilion. Bank Bumi, rugi berbilion-bilion. BAKUN, rugi. MAS, rugi. PKFZ, rugi. BAS INTRAKOTA, bangkrap. MEC ELECTRONIC GAMBANG, bangkrap. SOGOSHOSHA, bangkrap. PROTON, rugi. Beli 88 pesawat pejuang SKYHAWK, 44 tiba, baki 44 tersadai di US. PUTRA LRT, bankrap-bailout. STAR LRT, bankrap-bailout. MONOREL, bankrap-bailout. Tu baru sikit. Ada banyak lagi tau. Lebih dari RM200 bilion. Dan semua melibatkan rasuah dan salah guna kuasa. Jadi apa tindakannya?
Kita tak boleh lihat dari sudut tu je, tok.
Kalau tak leh lihat dari sudut tu, kau nak tengok dari sudut mana lagi? Engkau orang singkir Umno kononnya sebab Najib terlibat rasuah. Tapi rasuah yang engkau orang cerita hanya melibatkan 1MDB. Engkau orang cerita Najib kebas RM50 bilion. Ada ke Najib kena dakwa atas curi RM50 bilion? Nampaknya kes kat makhamah hanya melibatkan RM42 juta, bukan RM50 bilion. Yang kes RM200 bilion melibatkan Mahathir apa jadi? Kan ke Pakatan janji apabila mereka berkuasa kelak mereka akan dakwa Mahathir? Semua karut. Alasan je untuk matikan politik Melayu.
Tok tak boleh cakap macam tu. Pakatan pun Melayu juga.
Melayu apa? Melayu barua Cina? Siapa yang sebenarnya berkuasa? Melayu ke Cina? Engkau ingat atuk duduk kat kampung ni tak tahu apa yang berlaku kat bandar ke? Ni bukan macam dulu, bukan zaman 80an dan 90an. Semua berita kena sekat. Sekarang zaman dah maju, semua berita masuk dalam handphone. Cuba kau tengok, Melayu sibuk lawan Melayu berebut kuasa, yang untung Cina. Samalah macam orang Islam kat Arab tu. Orang Islam berperang dengan orang Islam, orang kafir juga yang untung.
Atuk ni tak pahamlah.
Tak paham apa lagi? Yang aku tahu Melayu Pakatan semua gila kuasa. Mereka rela biarkan orang Melayu rugi asalkan mereka boleh berkuasa. Mereka rela pakat dengan Cina untuk bunuh orang Melayu. Ni lah jadinya bila tepuk dada tanya selera dan bukannya tepuk dada tanya iman. Sampaikan yang haram pun boleh jadi halal.
Susahlah cakap dengan tok ni. Tok masih dalam pemikiran kuno.
Yelah, engkau orang yang muda-muda ni kan suka pemikiran moden, pemikiran lama, kuno engkau orang tolak dan tak suka. Matlamat pemikiran moden sebenarnya digunakan untuk menghalalkan apa yang haram. Konon pemikiran lama ni tak boleh guna pakai lah, negara maju pemikiran tak maju lah. Cuba engkau tengok kat luar tu sekarang.
Tenguk apa, tok?
Tu, tenguk kubur tu.
Cu, kita ni, tak kisah la pemikiran kuno ke, moden ke, destinasi terakhir kita akan tetap ke dalam kubur. Tamak kuasa, gila harta, gila pangkat. Kau rasa semua tu boleh bawa pergi ke dalam kubur ke? Bila kau ke kubur nanti, semua harta, kuasa dan pangkat akan meninggalkan kau. Cuba kau fikir apa akan jadi pada bangsa dan agama kau nanti. Jangan ingat engkau akan hidup menongkatkan langit. Apa yang haram akan tetap menjadi haram. Janganlah cuba nak halalkan apa yang haram macam Pakatan Harapan tengah buat tu. Pakatan Harapan tu rakan syaitan. Kalau engkau ikut mereka engkau juga akan berkawan dengan syaitan. Mati nanti nak kemana? Nak jadi penghuni neraka bersama rakan-rakan syaitan yang lain ke? Taubatlah sebelum terlambat, cu! Pakatan Harapan ialah bara yang akan bakar engkau di neraka nanti. Pakatan Harapan ialah pemusnah bangsa Melayu dan pemusnah agama Islam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.