KUALA LUMPUR, 5 Julai — Permaisuri Agong menunjukkan kesantunannya dengan memohon maaf kepada orang ramai kerana makan durian menggunakan sudu dan garpu.
Malah, Tun Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui Twitter hari ini mengakui cara itu amalan sejak dulu lagi, bagi mengelak tangan berbau.
“Saya minta maaf, sejak kecil lagi diajar oleh tok saya makan durian pakai camca garpu supaya tangan tak berbau,” tulisnya sambil disertai foto seulas durian dalam pinggan.
“Begitu juga dengan rambutan, siap dikupas dan dihiris. Manggis juga begitu.”
Setakat ini, hantaran yang dimuat naik baginda dikongsi lebih 2,000 pengguna dan disukai 4,686 kali. Baginda juga mendapat pujian orang ramai yang memuji sikap rendah dirinya.
“Sahabat-sahabat selalu ketawakan saya makan durian pakai sudu garpu, lepas mereka semua tiru saya. Tak kiralah pakai tangan atau sudu garpu, ‘kicknya’ tetap sama. Alhamdullilah diatas nikmat Allah kurniakan,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.