Oleh : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Liberal Jangan Hina Sunnah Rasulullah
1. Saya ditanya berkenaan tulisan Siti Kasim yang seakan cuba menyamakan Sunnah Rasulullah dengan elemen penyembahan berhala (Paganism). Menurut saudara yang bertanya, tulisan FB Siti Kasim ini seakan cuba menyamakan Solat Gerhana sebagai aktiviti menyembah Hubal (Moon God), salah sebuah berhala terbesar yang disembah oleh Quraysh ketika zaman Jahiliyyah.
3. Sebahagian sarjana Muslim berpandangan bahawa hukum solat gerhana ini adalah Sunat Muakkad. Ini kerana Rasulullah bukan sahaja mengarahkan umatnya supaya mendirikan solat gerhana, bahkan Baginda sendiri menunaikannya. Kata al-Imam Ibn Qudamah:

2. Pemikiran sebegini menggambarkan betapa kelirunya Liberal tentang Sunnah Rasulullah itu sendiri. Solat Gerhana telah disyariatkan oleh Allah melalui Sunnah Rasulnya. Ketika berlakunya gerhana di zaman Rasulullah, ada dikalangan sahabat yang masih berfikir bahawa gerhana itu berlaku disebabkan oleh kematian seseorang. Rasulullah membetulkan kefahaman ini lalu bersabda:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ“Sesungguhnya gerhana matahari dan bulan itu tidak berlaku disebabkan kerana kelahiran atau kematian seseorang. Sekiranya kamu menyaksikan gerhana berlaku maka dirikanlah solat dan berdoalah kepada Allah.” (HR al-Bukhari)
3. Sebahagian sarjana Muslim berpandangan bahawa hukum solat gerhana ini adalah Sunat Muakkad. Ini kerana Rasulullah bukan sahaja mengarahkan umatnya supaya mendirikan solat gerhana, bahkan Baginda sendiri menunaikannya. Kata al-Imam Ibn Qudamah:
وصلاة الكسوف سنة مؤكدة؛ لأن النبي صلى الله عليه وسلم فعلها وأمر بها
“Dan solat gerhana itu adalah Sunat Muakkad. Kerana Rasulullah bukan sahaja melakukan solat tersebut, bahkan Baginda turut memerintahkan para sahabat untuk menunaikannya.”
4. Solat Gerhana ini langsung tiada kaitan dengan konsep paganism atau kepercayaan dalam penyembahan berhala. Dakwaan Liberal yang mengaitkan Solat Gerhana dengan penyembahan berhala Hubal (Mood God) adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana Rasulullah mendidik umatnya supaya menolak Hubal bahkan Baginda sendiri mengarahkan agar Hubal dimusnahkan.
5. Ketika umat Islam berada dalam situasi yang sukar di dalam Perang Uhud, Abu Sufyan dengan megah menjerit dan menyeru supaya Quraysh mengangkat dan memuliakan berhala Hubal. Rasulullah menempelak seruan Abu Sufyan ini dengan menyatakan bahawa Allah lebih tinggi dan mulia dari Hubal. Peristiwa ini direkodkan oleh al-Bukhari yang menyebutkan:
قَالَ أَبُو سُفْيَانَ: اعْلُ هُبَلُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَجِيبُوهُ» قَالُوا: مَا نَقُولُ؟ قَالَ: " قُولُوا: اللَّهُ أَعْلَى وَأَجَلُّ

“(dalam Perang Uhud) Abu Sufyan berkata: Tinggikanlah (angkat dan sanjunglah) berhala Hubal! Mendengar seruan Abu Sufyan ini Rasulullah lantas bersabda: Sahutlah (iaitu bantahlah) seruan Abu Sufyan itu! Para sahabat bertanya: Apa yang harus kami ucapkan? Rasulullah berkata: Ucapkanlah: Allah lebih tinggi dan lebih mulia (dari Hubal).” (HR al-Bukhari)
6. Jelas melalui hadith ini bahawa Rasulullah menolak sama sekali Hubal bahkan menegaskan bahawa Allah adalah Tuhan manusia. Ia jauh mulia dari tuhan ciptaan manusia iaitu Hubal. Bagaimana Liberal menyatakan bahawa Solat Gerhana adalah menyembah Hubal sedangkan Rasulullah sendiri menolaknya.
7. Bahkan ketika berlakunya pembukaan Kota Mekah, Rasulullah sendiri mencucuk mata berhala Hubal dan memerintahkan agar berhala tersebut dirobohkan. Perkara ini direkodkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya. Sirah al-Halabiyyah turut merekodkan:
فأتى في طوافه على صنم إلى جنب البيت: أي من جهة بابه يعبدونه وهو هبل وكان أعظم الأصنام فجعل يطعن بها في عينيه، ويقول: {جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا} أي فأمر به فكسر

“Selesai Tawaf (ketika berlaku Pembukaan Kota Mekah), Baginda menuju ke sisi Ka’bah yang terdapat Hubal, berhala yang paling besar. Baginda mencucuk kedua mata Hubal dengan busur panah dan berkata: “Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik)”. Rasulullah memerintahkan agar Hubal dimusnahkan. Maka, hancurlah Hubal di tangan Nabi SAW. (Sahih Ibn Khuzaimah dan Sirah al-Halabiyyah)
8. Berdasarkan hadith yang sahih serta sumber penulisan sejarah, telah jelas di sini bahawa Rasulullah dengan tegas menolak berhala Hubal, bahkan mencucuk mata Hubal dan memerintahkan sahabat agar memusnahkan berhala tersebut. Tindakan sebahagian Liberal yang seolah cuba mengaitkan Solat Gerhana dengan kefahaman paganism adalah tindakan yang tidak wajar. Ia kelihatan merendahkan Sunnah Rasulullah bahkan seakan menghinanya.
Semoga Allah membimbing kita serta menyelamatkan kita dari penyelewengan pemikiran Liberal yang memfitnah Islam. -sozcyili

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.