`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 17, 2022

2 pemimpin PBM P Pinang sertai BPN

 

PBM menyusun semula kepimpinan parti itu di Pulau Pinang susulan pemecatan dua pemimpinnya manakala pengerusinya, Alan Oh mengumumkan melepaskan jawatan itu, semalam

PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) menyusun semula kepimpinan parti itu di Pulau Pinang susulan keahlian dua pemimpinnya terlucut secara automatik manakala pengerusinya, Alan Oh mengumumkan melepaskan jawatan itu, semalam.

Bagaimanapun, ketua penerangannya PBM, Zakaria Abdul Hamid berkata, pihaknya belum menerima surat perletakan jawatan Alan.

“Maklumat awal pengunduran beliau adalah bagi memberi tumpuan untuk menjaga ibunya yang uzur,” katanya kepada FMT.

Semalam, Alan mendedahkan hasratnya untuk melepaskan jawatan itu dalam mesyuarat PBM Pulau Pinang.

Sementara itu, Zakaria juga memaklumkan keahlian Setiausaha Kerja PBM Pulau Pinang, Azmin Md Nor dan Ketua Bahagian Kepala Batas, Hamidi Idrus secara automatik terlucut selepas menyertai Parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN).

“PBM Pusat meneliti perkembangan ini dan akan segera menyusun semula kepimpinan negeri bagi melancarkan gerak kerja pilihan raya di enam kawasan penyandang Parlimen yang akan kami pertahankan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu parti diawal penubuhannya di Pulau Pinang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.