`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 7, 2022

Bas rempuh treler, pemandu parah, 15 penumpang selamat

 

Bomba berkata pemandu bas yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas. (Gambar JBPM)

IPOH: Seorang pemandu bas ekspres parah manakala 15 penumpang terselamat selepas bas dinaiki merempuh belakang sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 264 Lebuhraya Utara Selatan, di sini, pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, berkata insiden dipercayai berlaku pada 2.28 pagi itu turut menyebabkan dua daripada 15 penumpang bas ekspres terbabit cedera ringan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.30 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dikerah ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kami mendapati sebuah bas ekspres merempuh belakang lori treler yang membawa muatan besi dan terdapat sebuah kereta terbabas di bahu jalan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Pemandu bas yang tersepit di bahagian tempat duduk hadapan, berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kesemua penumpang bas terbabit berjaya keluar dan diberikan rawatan oleh ambulans dan operasi tamat pada 4.50 pagi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.