`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 9, 2022

Belanjawan 2023 : Projek Dan Kontrak Dapat RM95 Bilion, Orang Kaya Happy. Rakyat Marhaen Akan Tanggung Pinjaman Extra RM100 Bilion.

 

Belanjawan Kerajaan 2023 berjumlah RM372 Bilion.
Pendapatan atau Revenue Kerajaan 2023 hampiri RM272 Bilion sahaja.
Habis RM372b tolak RM272b = kekurangan RM100 bilion itu akan datang dari mana?
Simple. Maksudnya Kerajaan akan terpaksa pinjam RM100b.

Maksudnya Tuan-Tuan rakyat marhaen, anak bini dan mungkin cucu dan cicit generasi masa depan akan tanggung bayar beban hutang ini.

 

 

 Dari mana datangnya duit Belanjawan RM372 Bilion ini?

  • Income Tax RM145.3b or 38.54%
  • Other direct taxes RM9.68b or 2.6%
  • Indirect taxes RM52.13b or 14.01%
  • Non tax revenues RM67.02b or 18.02% 
  • Borrowing RM99.79b or 26.83%

Selain meminjam hampir RM100 Bilion, kutipan pelbagai cukai (income tax, other direct tax, indirect taxes) berjumlah RM207 Bilion atau 56% daripada Belanjawan sebanyak RM372 bilion itu.  

Pada setiap tahun sejak manusia diciptakan, kutipan pelbagai cukai menjadi sumber kewangan kerajaan yang terbesar sekali.

Inilah depa sebut "Hasil Kerajaan". Hasil Kerajaan kepala hotak depa. Inilah  bayaran cukai oleh rakyat marhaen hasil usaha kerja, titik peluh dan susah sengsara rakyat marhaen yang makin susah mencari hidup.

Jadi saya harap ahli politik penipu, para Menteri tak ada IQ, ahli dan pemimpin Parti Perasuah dan Penyamun, lebai makan duit "hasil Kerajaan", Penjawat Awam dan kaum-kaum elit yang akan sapu "projek dan kontrak" akan faham bahawa tanpa perjalanan ekonomi swasta yang lancar dan efisien Kerajaan TIDAK BOLEH KUTIP CUKAI SEBANYAK RM207 BILION ITU.   Maka awak nak kahwin bini dua, nak langgar pokok dengan kereta Porsche semua akan jadi makin susah.

Kalau awak semua mahu peruntukan "projek dan kontrak" yang lebih untuk kahwin bini dua, untuk langgar pokok dengan kereta Porsche, untuk curi duit rakyat dsbnya make sure ekonomi swasta berjalan lancar tanpa gangguan dasar-dasar bodoh.  Haramkan ekspot, tebang pokok dan kebun orang, buat pelbagai syarat bodoh untuk impot barang, menyusahkan mengambil pekerja asing, menyusahkan peraturan buka pelbagai bisnes dan semua perbuatan bangang seperti itu akan menjejaskan perjalan bisnes swasta dan akhir sekali kutipan cukai oleh Kerajaan. Maka awak mahu kahwin bini dua, nak beli kereta Porsche akan turut terjejas. Can you understand this simple logic?

Anyway peruntukan untuk "projek dan kontrak" bagi 2023 adalah RM95 bilion.

Dalam video berikut YB Wong Chen memberi pandangan yang singkat dan tepat mengenai Belanjawan 2023 :



 

Soalannya berapa ramaikah Tuan-Tuan dan anak bini yang boleh dapat projek dan kontrak RM95 bilion ini? 

  • Jangan lupa, Kerajaan amalkan sistem ekonomi AGIH. 
  • AGIH maksudnya dia akan bagi kepada siapa yang dia rasa layak. 
  • Tuan-Tuan rakyat marhaen layak ke?

Yang berikut dipetik daripada akhbar The Edge :

https://budget.theedgemarkets.com/2023/budget

BUDGET 2023 KEY ANNOUNCEMENTS

economy to grow 4%-5% (2023),   6.5%-7% (2022)   
govt revenue to drop 4.4% to RM272.57 billion 2023
Budget estimate crude price US$90.00

My comments : Pertama sekali pertumbuhan ekonomi dijangka akan slow walaupun harga minyak dikira pada US$90 satu tong. 

Harga minyak hari ini US$93 satu tong. Tetapi lima hari sudah pada 5hb Oktober harga minyak sekitar US$85 se-tong.



Jika peperangan Ukraine berjaya ditamatkan atau Italy, Jerman, Hungary dan negara Eropah lain membenarkan semula mengimpot gas dari Rusia harga minyak boleh menurun lagi. 

Kita bersambung dengan ringkasan Belanjawan 2023:

  • RM372.3 billion Budget 2023 
  • RM272.3 billion operating expenditure
  • RM95 billion development expenditure (projek dan kontrak)
  • RM5 billion for Covid-19 fund 
  • RM2 billion for contingency savings

Ministry of Finance biggest recipient RM67.2 billion
Ministry of Education (RM55.6 billion)
Ministry of Health (RM36.1 billion)
these three constitute 43.3% of total budget expenditure

My comments : Kenapa pula Kementerian Kewangan mendapat AGIHAN duit yang paling banyak RM67 Bilion? Kementerian Kewangan nak buat projek dan kontrak apa pula dengan duit yang begitu banyak?

KDN RM18.3 billion 
Ministry of Defence RM17.4 billion 
RM55b  subsidies, social assistance and incentives

RM119.8b emoluments, retirement charges 2023 (RM115.2b 2021). 


My comments : Sekali lagi membayar gaji Penjawat Awam dan duit pencen memakan 44% daripada Belanjawan 2023

Ini adalah satu jumlah yang sangat besar dan sangat membebankan Belanjawan Kerajaan. Dulu-dulu majoriti Penjawat Awam adalah pengundi UMNO / Barisan Nasional. Tetapi bukan lagi sekarang. Sekarang majoriti Penjawat Awam mengundi parti yang lain-lain, ikut suka hati mereka.

Tetapi itu bukan perkara penting. Kita negara demokrasi. Siapa nak undi siapa pun ikut suka hati mereka. 

Saya cadangkan begini-lah, jika ekonomi negara mengalami penambahan dan pertumbuhan maka patutlah gaji Penjawat Awam juga ditambah. Tetapi jika pertumbuhan ekonomi tidak bertambah atau menurun maka tidak perlulah gaji Penjawat Awam dinaikkan. 

Serupa di sektor swasta - bila syarikat swasta dapat untung pekerja dan kaki tangan dapat kenaikan gaji dan bayaran bonus. Jika syarikat swasta rugi atau lembab prestasinya maka pekerja pun tidak dapat kenaikan gaji atau bayaran bonus. 

Kerajaan kita patut mengikut contoh ekonomi swasta (private sector economy) yang lebih mencerminkan prestasi ekonomi yang sebenarnya.

Membayar interest atau bunga memakan hampir 17% atau RM63 Bilion daripada duit Belanjawan 2023. Untuk Belanjawan tahun ini (2022) Kerajaan telah pinjam RM100 billion. Belanjawan tahun depan 2023 pun Kerajaan akan pinjam RM100 billion. Setiap tahun Kerajaan meminjam berpuluh dan ratus billion Ringgit. Bila pinjam duit Kerajaan kena bayar bunga atau interest atau faedah. Untuk 2023 bayaran bunga hampiri 17% daripada jumlah Belanjawan RM372 bilion. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar.

How much dividends did the three single largest contributors pay to the government?

My comments :

Bagaimana pula pendapatan Kerajaan daripada syarikat GLC yang selalu heboh dalam berita dengan pelbagai berita yang kita tidak suka membacanya.  Syarikat GLC didirikan dengan menggunakan berpuluh billion Ringgit  duit rakyat. Apakah pulangan yang berbaloi atau tidak berbaloi daripada syarikat GLC?

Ikut laporan oleh The Edge di atas pada 2023 Khazanah Nasional dan Bank Negara Malaysia tidak akan menyumbangkan sebarang dividen kepada Kerajaan. ZERO dividends!! 



Cuma syarikat minyak dapat membayar sumbangan berpuluh bilion daripada hasil minyak negara. 

Wa akhirul kalam, kewangan Kerajaan, penyumbang terbesar kepada belanjawan Kerajaan, pertumbuhan ekonomi negara kita, kehidupan selesa yang kita mengidamkan, semuanya datang daripada kutipan cukai daripada titik peluh rakyat marhaen dan daripada ekonomi swasta negara.  Tolong ingat baik-baik.

The views expressed are those of the author and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.