`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 16, 2022

Bersatu tawar PAS 47 kerusi, dakwaan Asyraf ‘merapu’, kata Tuan Ibrahim

 

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Asyraf Wajdi Dusuki juga mungkir janji kerana mengeluarkan gambar pertemuan tertutup PAS dengan pimpinan Umno. (Gambar Facebook Asyraf Wajdi Dusuki)

PETALING JAYA: Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki sebagai “merapu” susulan dakwaan PAS bersama Perikatan Nasional (PN) kerana ditawarkan 47 kerusi boleh menang oleh Bersatu.

Timbalan presiden PAS itu berkata, Asyraf juga mungkir janji kerana mengeluarkan gambar pertemuan tertutup antaranya bersama Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, pada Jumaat.

“Tak betul, dia merapu. Dia (Asyraf) tak terlibat pun dalam mesyuarat tu.

“Bahkan kita dah ingatkan agar tidak keluarkan gambar yang beliau ambil, sebab pertemuan tertutup. Dia mungkir janji. Hanya empat orang yang tahu apa perincian perbincangan. 47 kerusi tidak pernah disebut dalam perbincangan,” lapor Sinar Harian.

Katanya, masalah utama bukan berkisar jumlah kerusi kerana tidak diperincikan dalam pertemuan berkenaan.

Asyraf dalam hantaran dalam Facebook, beliau mendakwa PAS membuat penegasan jika bersama PN, Bersatu menjanjikan 47 kerusi boleh menang kepada parti itu.

“Namun bagi Umno, perundingan untuk kembali mengukuhkan MN (Muafakat Nasional) kali ini lebih besar daripada sekadar perkiraan untung rugi kerusi-kerusi yang bakal dikongsikan bagi menghadapi PRU15 (pilihan raya umum ke-15),” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.