`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 16, 2022

Provokasi didakwa punca penyokong 2 kelab bola bergaduh

 

Gambar tular di media sosial menunjukkan pergaduhan melibatkan dua kelab liga di sebuah kedai makan di Kuala Berang. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Provokasi melampau dipercayai punca berlaku pergaduhan melibatkan 15 hingga 30 penyokong dua kelab bola sepak di Kuala Berang, petang semalam.

Insiden itu tercetus pada 6.55 petang sebaik perlawanan kedua-dua pasukan tamat yang menyaksikan Kampung Matang FC, menang 1-0 menentang Bima FC.

Ketua Polis Hulu Terengganu Mohd Adli Mat Daud, berkata petang semalam, berlangsung perlawanan bola sepak peringkat suku akhir antara dua pasukan mewakili dua kampung di Padang Astaka Kuala Berang.

Katanya, selepas tamat perlawanan berlaku provokasi antara kedua-dua pihak hingga timbul kekecohan di luar padang.

“Kedua-dua belah pihak melakukan provokasi membabitkan anggaran antara 15 hingga 30 orang lelaki di premis sebuah kedai makan berhampiran tempat perlawanan berlangsung.

“Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kemudian mengarahkan anggota peronda bertugas ke lokasi bagi mengawal keadaan dan kekecohan berjaya dileraikan tidak lama kemudian,” katanya menurut Harian Metro.

Jelasnya lagi, insiden itu turut menyebabkan berlaku beberapa kerosakan di pagar padang bola sepak manakala cermin dinding salah sebuah kedai makan turut pecah.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Polis telah memanggil penganjur perlawanan dan pengurusan kedua-dua pihak ke IPD Hulu Terengganu untuk siasatan.

“Tiada tangkapan dibuat memandangkan pihak berkaitan belum membuat laporan polis,” katanya.

Kedua-dua pasukan dilaporkan berentap pada Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.