`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 17, 2022

Malaysia-China hasrat sempurnakan projek rel kereta api Singapura-Kunming

 

Wee Ka Siong ketika menghadiri Mesyuarat Menteri Pengangkutan Asean dan China ke-21 berlangsung di Bali, Indonesia (Gambar Facebook Wee Ka Siong)

JAKARTA: Malaysia dan China hari ini menyuarakan hasrat untuk menyempurnakan projek Laluan Rel Singapura-Kunming (SKRL), agar sistem pengangkutan awam yang cekap dalam perkhidmatan penumpang ataupun kargo dapat dinikmati negara-negara Asean.

Menteri Pengangkutan sementara, Wee Ka Siong menegaskan pendirian itu di Mesyuarat Menteri Pengangkutan Asean dan China ke-21 berlangsung di Bali, Indonesia.

Malaysia, merupakan pengerusi tetap jawatankuasa kerja khas SKRL.

Beliau berkata, sekretariat Asean turut berkongsi pandangan sama, di mana keperluan mewujudkan perbincangan pembinaan pengangkutan rel merentas sempadan dan kerjasama projek rel baru yang melibatkan semua negara Asean, khususnya negara-negara Asean yang tidak terlibat dalam projek itu.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Perbincangan di antara negara-negara Asean seperti ini amat penting kerana ianya melibatkan pembentukan pengiktirafan bersama dalam piawaian rel dan isyarat trafik, serta berkongsi maklumat dalam tahap pembangunan rel berkelajuan tinggi,” katanya di Facebook hari ini.

Mesyuarat turut menghargai kepakaran teknikal dan bantuan kewangan daripada China kepada negara-negara Asean dalam projek SKRL, Rel Berkelajuan Tinggi China-Laos, dan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Malaysia sepanjang 665 kilometer yang dijangka siap pada tahun 2026.

“Pada keseluruhannya, Pelan Strategik Pelarasan dalam Usahasama Asean-China turut berjalan lancar meskipun kita menghadapi cabaran pandemik COVID-19 tiga tahun yang lepas,” kata Wee.

Timbalan Menteri Pengangkutan China, Dai Dongchang, mempengerusikan bersama secara maya mesyuarat itu dengan Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.