`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 17, 2022

Program pra-Deepavali PH di Johor berjaya, kata PH

 

Sebanyak 200 kerusi dilapor disediakan di Dewan Kelab Kebudayaan dan Sukan Johor untuk sambutan pra-Deepavali dan sesi dialog bersama pemimpin namun apabila acara bermula, hanya 50 orang hadir.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mendakwa sambutan pra-Deepavali dan sesi dialog bersama pemimpin gabungan itu di Johor Bahru semalam berjaya, dengan 120 tetamu hadir.

Ini sekali gus menyangkal laporan bahawa program itu berlangsung hambar, dengan hanya 50 orang tetamu hadir.

Dalam kenyataan, PH berkata, sesi dialog itu berjaya menghimpunkan ketua masyarakat kawasan masing-masing dan golongan profesional termasuk doktor dan peguam.

“Program ini diadakan untuk mendengar suara akar umbi tentang hal-hal yang mustahak dan mendesak terutamanya dalam kalangan masyarakat India di Johor dan juga hal-hal umum,” menurut kenyataan itu.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

FMT semalam melaporkan sebanyak 200 kerusi disediakan di Dewan Kelab Kebudayaan dan Sukan Johor itu, namun apabila acara bermula, hanya 50 orang hadir.

Program itu berlangsung pada 2 petang, lewat 40 minit daripada yang dijadualkan.

Penceramah terdiri daripada Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan empat tokoh DAP, iaitu pakar strateginya Liew Chin Tong, Naib Pengerusi M Kula Segaran, Kasthuri Patto dan M Kannan.

Antara dapatan yang diperolehi daripada sesi dialog itu adalah majoriti tetamu menzahirkan rasa kurang senang dengan langkah mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ketika musim banjir.

Program itu turut mengupas dan mewujudkan kesedaran lebih tinggi kepada peserta program berkenaan situasi sebenar senario politik semasa, selain menjelaskan kepentingan orang awam untuk turut mengundi pada PRU15. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.