`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 17, 2022

GTA senarai Hamid Bador calon di Parlimen Rembau

 

Bekas ketua polis negara, Abdul Hamid Bador, dicalonkan mewakili GTA menerusi Pejuang bagi Parlimen Rembau, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Sembilan mengesahkan bekas ketua polis negara, Abdul Hamid Bador, disenaraikan parti itu sebagai calon bertanding di Parlimen Rembau, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata timbalan pengerusi negeri, Mohamad Jani Ismail.

Katanya, selain Abdul Hamid, turun dicalonkan bertanding mewakili GTA di Port Dickson adalah pelakon dan juga pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

“Kedua-dua nama individu berkenaan termasuk dalam senarai yang saya bawa ke peringkat pucuk pimpinan sebagai calon GTA Negeri Sembilan menerusi Pejuang.

“Keputusan sama ada Abdul Hamid terpilih calon bertanding di Parlimen Rembau dan Ahmad Idham bagi kerusi Parlimen Port Dickson akan ditentukan pucuk pimpinan tertinggi parti,” katanya menurut Berita Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Mengulas lanjut, Jani yang juga ketua Pejuang Negeri Sembilan, berkata GTA perlu meletakkan nama besar seperti Abdul Hamid dan Ahmad Idham bagi memberikan saingan sengit di kedua-dua kerusi berkenaan.

“Bagi saya buat masa ini dialah (Abdul Hamid) calon paling terbaik untuk GTA di Parlimen Rembau, lebih-lebih lagi Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dikhabarkan akan bertanding di situ kali ini,” katanya.

Beliau berkata, walaupun keputusan muktamad akan ditentukan pucuk pimpinan tidak lama lagi, namun Ahmad Idham yang baharu dilantik sebagai ketua penerangan GTA Negeri Sembilan, dilihat tokoh yang boleh memberikan saingan di kerusi Port Dickson.

“Kita (GTA) perlu letakkan nama besar seperti Abdul Hamid dan Ahmad Idham untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya kali ini,” katanya.

Sementara itu, Jani berkata, GTA Negeri Sembilan menyambut baik dan menyokong hasrat gabungan itu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

“GTA Negeri Sembilan sambut baik usaha menjalinkan kerjasama dengan PN dan yakin ia dapat memperkukuhkan lagi gerak kerja jentera pilihan raya bagi mencapai kemenangan besar,” katanya.

Katanya, pelancaran jentera pilihan raya gabungan itu bagi peringkat Negeri Sembilan dijadual akan diadakan pada 23 Okt.

“Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan hadir dan melancarkan program berkenaan, yang diadakan di Senawang,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.